CantikSolekan

Cuba Tips Mekap Muka Bulat Yang Mampu Atasi Masalah Wajah Yang Nampak Tembam

Muka Bulat - Women Online Magazine

Foto: dazzlingwallpaper

Muka bulat membuatkan wajah anda kelihatan gemuk. Terkadang wanita tidak begitu memberi perhatian kepada cara melakukan solek pada wajahnya.

Menggunakan make up pada muka bulat tanpa menggunakan cara yang betul boleh menyebabkan wajah anda semakin kelihatan bulat.Jika anda mempunyai muka bulat, anda tidak perlu resah kerana dengan solekan yang sesuai dan tepat, anda akan tetap tampil cantik dan menawan. Jadi, tiada alasan untuk anda yang bermuka bulat untuk tampil cantik.

Tips Mekap Muka Bulat

  • Foundation

Anda perlu menggunakan dua warna foundation yang berbeza pada wajah. Foundation digunakan sebagai asas solek untuk memberi kesan panjang pada bahagian wajah tertentu. Foundation berwarna gelap diaplikasikan pada wajah bahagian tulang pipi, hidung dan kawasan rahang agar wajah kelihatan bujur. Foundation berwarna terang pada bahagian bawah mata, agar lingkaran hitam bawah mata dapat tertutupi agar wajah anda kelihatan lebih segar.

  • Penggunaan Blush

Gunakan warna blush yang terang, seperti pink. Tapi penggunaan blush harus betul. Blush harus diaplikasikan tepat pada tulang pipi anda, agar wajah kelihatan tirus.

Menggunakan eyeliner berwarna putih pada mata bahagian bawah akan membuat mata kelihatan lebih besar. Gunakan eyeshadow yang berwarna gelap, seperti coklat dan kelabu. Untuk bahagian hidung juga anda boleh aplikasikan eyeshadow agar hidung kelihatan mancung. Warna eyeshadow yang digunakan untuk melakukan shading adalah warna coklat. Tapi tentunya dengan teknik yang betul. Jika teknik shading salah, maka hidung anda akan kelihatan besar pada bahagian hujungnya. Hal ini tentu saja akan membuat wajah anda semakin bulat.

Gunakan warna lipstik yang natural dan berkilau. Warna natural disesuaikan dengan warna bibir anda. Untuk memberi kesan berkilat pada bibir, anda boleh menggunakan wonder shine. Untuk anda yang mempunyai wajah bulat, janganlah menggunakan warna merah menyala. Jika anda mempunyai bentuk bibir yang lebar, maka anda boleh membentuk garis bibir dengan menggunakan pensil warna berwarna coklat.

Cuba bentukkan kening anda dengan melengkung menjauhi mata. Bentuk kening ini akan membuat bentuk wajah kelihatan bujur. Cara membuat kening melengkung boleh dengan cara dikikis menggunakan pencukur misai. Namun perlu hati-hati dalam melakukannya, agar hasilnya bagus. Jika kening yang anda miliki berbulu jarang, maka anda harus menebalkannya dengan pensil kening berwarna hitam.

<<Fahami kegunaan BB Cream yang mampu buat anda bertambah cantik di sini.

Previous post

Ambil Tahu, Bagaimana Penyakit Talasemia Diturunkan Kepada Anak

Next post

9 Khasiat Rumput Jarum Emas

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *