ProblemSihat

Ketahui Sindrom Baby Blues & Tips Mengatasinya

Sindrom Baby Blues - Women Online Magazine

Foto: cara.media

Sindrom Baby Blues yang dikenali sebagai Postpartum Distress Syndrome merupakan suatu keadaan di mana muncul perasaan tidak senang dan bimbang serta sedih yang di alami oleh para ibu selepas bersalin.

Keadaan ini biasanya berlaku pada 14 hari pertama selepas melahirkan dan cenderung merosot pada tiga atau empat hari selepas melahirkan. Namun jika ibu mengalami keadaan yang sama melebihi waktu normal iaitu dua minggu, maka lebih baik ibu merujuk kepada doktor, kerana dibimbangi mengalami Postpartum Depression.

Pada masa kehamilan, ibu banyak mengalami perubahan besar baik fizikal mahupun mental termasuk perubahan hormon. Begitu juga selepas bersalin, perubahan tubuh dan hormon terjadi lagi. Perubahan-perubahan yang terjadi pada diri akan mempengaruhi perasaan ibu. Penurunan secara drastik kadar hormon estrogen dan progesteron serta hormon lain yang di produksi oleh kelenjar tiroid akan menyebabkan ibu sering mengalami rasa letih, tertekan dan penurunan emosi.

Selain hormon, kehadiran bayi yang harus diawasi, diberi perhatian dan diasuh siang dan malam sehingga ibu mengalami keletihan dan kekurangan waktu rehat. Perubahan pola hidup ini juga sebagai faktor ramai ibu selepas melahirkan mengalami kemurungan.

Tanda Sindrom Baby Blues

  • Rasa sedih dan kemurungan emosi ibu hingga menyebabkan ibu sering menangis.
  • Emosi sangat tidak stabil, mudah marah, mudah tersinggung dan sering hilang kesabaran.
  • Kerap kali ibu merasa keletihan dan sering mengalami sakit kepala.
  • Sering merasa kurang kepercayaan diri.
  • Sering mengalami rasa cemas dan bimbang.
  • Mengalami kesukaran ketika berehat atau susah tidur
  • Sering mengalami rasa takut akan berbagai hal.
  • Menjadi tidak berminat dengan bayi yang baru dilahirkan atau menjadi terlalu memperhatikan dan bimbang terhadap bayinya.
  • Hilangnya perasaan bahagia dan minat untuk melakukan hal-hal yang menyenangkan.
  • Tidak memberi perhatian kepada diri sendiri dan menarik diri dari keluarga dan rakan-rakan.
  • Peningkatan berat badan yang disertai dengan makan berlebihan.
  • Penurunan berat badan yang disertai tidak mahu makan.
  • Tidak tertarik pada seks.
  • Perasaan berubah-ubah dengan melampau, terganggu proses berfikir dan tumpuan.

Tips Atasi Sindrom Baby Blues

  • Selalu berdoa kepada Allah agar diberi kemudahan dalam menjalankan kewajipan sebagai seorang ibu kepada anak-anak.
  • Tanamkan pada diri sebagai seorang ibu bahawa untuk bersikap ikhlas dan tulus berperanan sebagai ibu yang akan merawat dan mengurus anak.
  • Belajar bersikap tenang dan bersabar dalam mengurus buah hatinya kelak.
  • Rehat dan tidur ketika bayi sedang tidur untuk memulihkan tenaga dan psikologi kita juga sebagai seorang ibu.
  • Luangkan masa untuk diri sendiri untuk melakukan aktiviti yang menyeronokkan, seperti mendengar muzik, membaca buku, atau senaman ringan.
  • Sertai komuniti para ibu untuk berkongsi pengalaman dan perasaan sebagai seorang ibu baru.
  • Beri penjelasan kepada suami kita mengenai sindrom baby blues, agar suami juga boleh memahami pelbagai perubahan sikap dan tingkah laku kita sebagai ibu baru.
  • Tidak membiarkan diri terus menerus dalam kesedihan atau merasa tidak berdaya.
  • Yakinkan hati kita sebagai ibu baru bahawa kita boleh merawat dan mengasuh bayi.

Kesimpulan

Selain doktor, proses penyembuhan sindrom baby blues memerlukan sokongan pihak keluarga dan saudara mara serta rakan-rakan. Peranan suami memberikan perhatian semasa isteri hamil dan selepas bersalin sangat membantu mengatasi sindrom tersebut.

Memang berat bagi si ibu yang mengalami baby blues, tetapi penting bagi si ibu untuk menjaga kestabilan psikologi dan emosi. Bayi mempunyai ikatan yang sangat kuat dengan si ibu. Jika ibu merasa tidak mampu mengatasi beban psikologi, segeralah merujuk kepada pakar.

<< Ketahui cara betul membersihkan payudara di sini.

Previous post

Tampil Penuh Gaya Dengan Lace, Koleksi Terkini Daripada Duchess & Co

Next post

Cara Selamat & Cukup Mudah Untuk Putihkan Kulit

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *