Ada Apa?X-Tra

4 Bahaya Efek Bulu Kucing

Bahaya Bulu Kucing - Women Online Magazine (1)

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Kredit Foto: catbehaviourist

Bahaya Bulu Kucing.Kucing merupakan salah satu bintang peliharaan yang paling mendapat tempat di rumah, tetapi tetap ada bahayanya!

Sikap kucing comel dan manja membuatkan ramai yang suka membelanya. Sungguhpun begitu, memelihara kucing boleh menimbulkan risiko yang berbahaya kepada manusia. Bahaya bulu kucing boleh meninggalkan kesan terhadap kesihatan tubuh.

Meskipun bukan penyebab utama,parasit atau bakteria boleh melekat pada bulu kucing ketika binatang tersebut bermain di kawasan persekitaran yang kotor atau sedang menjilat dirinya. Anda yang sedang hamil atau mereka yang mengalami penyakit gangguan daya ketahanan tubuh lebih berisiko terhadap efek bulu kucing.

 

Baca Juga: Janin Mati Dalam Kandungan

 

Membela kucing memang menyeronokkan bagi penggemarnya, namun anda perlu menitikberatkan juga risiko kesihatan yang mengancam. Pertimbangkannya, terutama jika anda dan ahli keluarga lain memiliki masalah kesihatan tertentu.

Jika perlu, dapatkan nasihat doktor anda atau doktor haiwan sebelum anda memutuskan untuk memelihara kucing atau binatang peliharaan lain.

 

Berikut beberapa bahaya yang boleh disebabkan oleh bulu kucing:

 

1. Penyakit Cakar Kucing (cat scratch disease)

Pada kucing, penyakit yang disebabkan oleh bakteria ‘Bartonella Henselae' ini tidak menimbulkan gejala-gejala tertentu.Biasanya bakteria tersebut berpindah pada manusia melalui cakaran atau gigitan. Namun, tidak terkecuali kemungkinan bakteria tersebut merebak ketika anda mengusap-usap bulunya, kemudian menyeka bahagian mata anda menggunakan tangan yang sudah terkena bakteria.

Di tempat cakaran atau gigitan, muncul benjolan kecil dalam jangka waktu 10 hari. Benjolan tersebut diikuti dengan gejala-gejala mual, muntah, demam, menggigil, lelah dan peradangan. Bagi mereka yang memiliki daya ketahanan tubuh yang baik, penyakit cakar kucing ini tidak akan meninggalkan kesan yang serius.

 

2. Menyebabkan Asma

Bulu pada kucing sangat berbahaya. Apatah lagi jika telah menyerang sistem pernafasan, ia merupakan salah satu penyebab asma. Ini adalah kerana bulu kucing banyak membawa virus-virus yang boleh menyebabkan asma. Keadaan ini menyebabkan penyakit asma sukar hilang dan akan menurun hingga ke keturunan anda yang seterusnya.

 

Baca Juga: Cara Mengubati Sakit Asma

 

3. Kurap (ringworm)

Merupakan jenis infeksi kulat pada kulit yang salah satunya boleh ditularkan dari kucing. Penularannya boleh terjadi ketika anda membelai kucing.Penyakit ini disebabkan parasit yang disebut ‘Toxoplasma Gondii' yang terdapat pada feses kucing sudah terinfeksi. Sekitar 2-3 minggu setelah terinfeksi, kucing akan mengeluarkan parasit pada kotorannya.Ketika membersihkan diri dengan lidah, kemungkinan parasit akan tertinggal pada bulu yang kemudian dapat tertular pada manusia ketika membelai bulunya.

 

4. Alergi

Sebenarnya bulu bukanlah penyebab kesan alergi. Bahaya bulu kucing sebenarnya adalah disebabkan oleh infeksi melalui air ludah, kulit, dan urine. Ini adalah kerana ketika kucing menjilat dirinya, bulunya akan terkena air ludah tersebut. Kesan alergi biasanya dapat menimbulkan efek alergi yang kelihatan seperti gejala flu.Selain itu, mata gatal, bersin, batuk dan tekanan pada sinus.

 

Cara Mencegah Bahaya Bulu Kucing

Anda perlu pastikan kesihatan binatang peliharaan anda itu sentiasa sihat dan bersihkan diri anda setelah memegangnya.Cuci tangan anda dengan sabun antibakteria setelah menyentuh kucing kesayangan anda, terutama sebelum anda menyediakan hidangan.

Selain itu, selalu periksa tahap kesihatan kucing anda. Infeksi dapat dikesan dengan adanya pemeriksaan rutin ke doktor haiwan. Berikan juga kucing anda imunisasi. Di samping itu, usahakan agar kucing anda selalu bersih termasuk bulu dan kukunya. Bersihkan kuku dan badannya dengan syampu khas.

 

Nota Kaki: Boleh SHARE artikel ini

<< Panduan bela kucing agar berbulu lebat dan sihat di sini.

 

 

 

 

 

Previous post

Ketahui Punca Sebenar Haid Anda Lambat

Next post

8 Gaya Potongan Rambut Lelaki Yang Cukup Stailo

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *