CantikSolekan

6 Cara Mudah Melentikkan Bulu Mata

cara-lentikkan-bulumata-woman-online-magazine.jpg

Kredit Foto :blinkstudiomb

Cara Melentikkan Bulu Mata.Teringin untuk memiliki bulu mata lebih panjang dan lentik walaupun tanpa menggunakan maskara ataupun bulu mata palsu?

Mudah sahaja kerana anda boleh membuat bulu mata anda menjadi lentik dengan mempraktik beberapa tips ini. Cara melentikkan dan memanjangkan bulu mata secara semulajadi ini jauh lebih selamat dan murah jika dibandingkan dengan melakukan perawatan menanam bulu mata atau menyambung bulu mata.

Berikut cara melentikkan bulu mata serta memanjangkannya secara semulajadi:

1. Pengambilan Makanan Yang Sihat

Makanan yang masuk ke dalam tubuh merupakan faktor penting supaya bulu mata cepat panjang dan lentik.Jaga dan pantau selalu pengambilan nutrisi. Pastikan juga anda mengambil makanan sihat dengan nilai zat yang seimbang. Perbanyakkan pengambilan sayur-sayuran dan juga buah-buahan,makanan sihat yang kaya dengan beta karoten, vitamin B, asid folat dan asid amino.

 

2. Gunakan Minyak Semulajadi

Cara melentikkan bulu mata yang boleh anda cuba ialah dengan memakai minyak zaitun. Minyak zaitun ini sebaiknya disapukan pada malam hari sebelum tidur secara teratur sehingga bulu mata lentik dan panjang.Cara pemakaiannya sangat mudah, anda hanya perlu menyapu minyak zaitun pada kelopak bulu mata. Anda juga boleh menggantikan minyak zaitun dengan minyak almond.

 

3. Pakai Buah Keras

Ternyata buah keras juga boleh menjadi salah satu cara melentikkan bulu mata. Ambil dua atau tiga biji buah keras, bakar sehingga kehitaman.Biarkan sejuk, kemudian kisar atau tumbuk sampai lumat. Sebelum tidur, sapukan pada sekitar mata tetapi hati-hati jangan sampai termasuk ke dalam mata. Lakukannya paling kurang tiga kali seminggu.

 

Baca Juga: Mata Cantik Dan Tak Berkedut

 

4. Guna Lidah Buaya & Daun Sirih

Layur dua helai daun sirih, kemudian ambil lendir lidah buaya. Letakkan lendir lidah buaya ke dalam mangkuk, kemudian celupkan sehelai daun sirih yang sudah dilayur. Apabila daun sirih dan lidah buaya sudah bersatu, sapukan ke bulu mata secara merata. Pastikan ketika anda menyapunya, bulu mata dalam keadaan bersih. Tiada kotoran mekap ataupun maskara yang melekat pada bulu mata. Biarkan selama dua jam.

Setelah dua jam, bersihkan sisa-sisa tersebut dengan menggunakan daun sirih yang belum digunakan lagi. Celupkan ke dalam air suam, bersihkan dengan cara menyapunya pada bulu mata anda. Lakukan gerakan seperti anda menggunakan maskara.

 

5. Pakai Sikat Bulu Mata

Menyikat bulu mata secara teratur dengan bantuan tambahan minyak semulajadi juga boleh merangsang pertumbuhan bulu mata. Sikatlah bulu mata dengan menggunakan sikat khas untuk bulu mata pada setiap malam sebelum tidur bagi pertumbuhan dari folikel bulu mata anda.

 

6. Trim Bulu Mata

Trim atau memotong bahagian hujung dari bulu mata juga efektif untuk melentikkan bulu mata. Hati-hati ketika anda mempratikan cara ini, gunakan gunting kecil sebagai alat bantu untuk memudahkan proses pemotongan hujung bulu mata. Setelah proses pemotongan hujung bulu mata selesai, letakkan minyak semulajadi seperti minyak zaitun, almond ataupun kelapa bagi merangsang pertumbuhan bulu mata dengan lebih cepat.

 

Info Ekstra!

Antara Penyebab Bulu Mata Rosak:

  • Penggunaan alat penyepit bulu mata yang terlalu kuat.
  • Tidak membersihkan maskara setelah selesai sesi ‘cantik-cantik’.
  • Sering menggosok-gosok mata juga boleh menyebabkan kerosakkan bulu mata.

 

Nota Kaki: Jom, SHARE artikel ini.

<< Ketahui empat kesalahan yang sering dilakukan ketika anda mekap bahagian mata di sini.

 

Previous post

7 Cara Terbaik Untuk Elak Punca Anda Suami Isteri Bergaduh

Next post

6 Punca Utama Perut Anda Buncit!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *