Pilihlah Produk Pemutih Wajah Yang Bagus & Selamat
Kredit :
Sebagai wanita tentu sahaja anda teringin untuk memiliki kulit wajah yang putih dan nampak ‘fresh’. Anda pasti juga tercari-cari produk pemutih wajah yang mampu membuatkan kulit anda nampak lebih cerah, namun anda diingatkan supaya lebih berhati hati dalam membuat pilihan.
Kini, produk pemutih wajah cukup mudah boleh anda peroleh, dari harga yang cukup murah sampailah harga yang mahal. Semuanya ada di pasaran, jadi sebab itulah anda perlu lebih teliti ketika memilih produk pemutih wajah ini. Pastikan anda mengetahui kandungan yang terdapat di dalamnya, dan jangan biarkan zat kimia berbahaya merosakkan wajah anda. Apatah lagi kebanyakan produk pemutih wajah ini mengandungi bahan berbahaya seperti merkuri yang boleh membuatkan kulit menjadi rosak, kering, berjerawat sehingga mengalami kanser kulit.
Produk pemutih wajah yang bagus sudah pasti tidak akan memberikan efek buruk pada kulit ketika anda menggunakannya.Pada awal penggunaan produk pemutih wajah yang berbahaya, kulit wajah anda nampak kemerahan, kulit mengelupas sehingga proses pemutihan menjadi lebih cepat, kulit terus menjadi nipis dan mudah membengkak yang mana akhirnya membawa kepada kanser kulit.
Anda perlu tahu, proses pemutihan kulit yang cepat dengan cara pengelupasan bukanlah cara terbaik untuk membuat warna kulit menjadi lebih putih.Kulit yang mengelupas yang menjadi nipis itulah yang akan mendatangkan pelbagai masalah kulit yang membahayakan kecantikan kulit wajah anda. Malahan, pemakaian produk pemutih wajah yang berbahaya ini juga akan membuatkan kulit wajah anda menjadi biru kehitaman.
Selain bakal berhadapan dengan kanser kulit, jika ‘termakan’ ia akan merosakkan buah pinggang dan sistem penghadaman.Efek buruk penggunaan produk pemutih wajah ini akan kelihatan lebih jelas jika dipakai secara berterusan dalam tempoh waktu yang lama.
Untuk menghindari produk pemutih wajah berbahaya ini, lebih baik anda beralih pada penggunaan pemutih wajah tradisional. Cara pemutih wajah tradisional ini menggunakan bahan-bahan semulajadi dengan nutrisi tinggi yang sememangnya diperlukan oleh wajah anda.
Berikut adalah rahsia memutihkan wajah secara semulajadi:
- Masker Sengkuang
Ternyata membuat masker sengkuang atau buah bengkoang sendiri kebaikannya lebih bagus berbanding produk pemutih wajah yang rata-ratanya sudah dicampur dengan bahan kimia.
Untuk membuat masker sengkuang ini anda hanya perlu memarut atau blender buah sengkuang ini, kemudian sapukan pada seluruh wajah anda. Biarkan lebih kurang lebih 30 minit atau hingga kering di wajah. Kemudian bersihkannya menggunakan air suam dan keringkan wajah anda dengan tuala lembut.Bersihkan masker menggunakan air hangat lalu Keringkan wajah anda dengan handuk lembut
Limau nipis juga elok digunakan sebagai cara memutihkan wajah secara semulajadi. Ambil air perahan limau nipis, kemudian sapukan pada wajah anda. Biarkan selama 30 minit, dan bilas dengan air suam sehingga bersih. Lakukannya pada setiap hari sebelum tidur pada malam hari. Sebelum anda memakai masker limau nipis ini, bersihkan segala kekotoran sisa-sia mekap dari wajah. Namun, penggunaan masker limau nipis ini tidak sesuai buat kulit wajah anda yang berjerawat.
Masker putih telur buatan anda sendiri ini ternyata bermanfaat untuk membersihkan kotoran pada wajah sehingga kulit nampak lebih cerah. Bahan-bahan yang anda perlukan untuk membuat makser ini adalah putih telur yang telah dipisahkan dari kuningnya. Pukul putih telur sehingga berbuih, kemudian sapukan ke seluruh wajah. Biarkan selama 15-20 minit atau sehingga masker mengering, kemudian bilaslah sehingga bersih.
Selain mampu melembabkan wajah dan melawan penuaan semulajadi, masker avocado juga boleh memutihkan wajah. Ambil ½ biji buah avocado,campurkan dengan satu sudu makan madu asli dan satu sudu teh minyak zaitun.Kacau hingga sebati dan membentuk ramuan masker yang kental. Sapukan masker avocado pada wajah secara merata. Biarkan selama 15-20 minit, bilas wajah dengan air suam. Lakukan pada pagi hari, paling kurang seminggu dua kali.
Di sebalik balik kelazatan rasa yogurt itu anda boleh menggunakan yogurt untuk bahan semulajadi pemutih wajah.s Sediakan yogurt dan madu asli secukupnya.Kemudian campur kedua bahan tersebut sehingga sebati. Kemudian sapukan masker tersebut pada wajah, biarkan selama 10-20 minit. Setelah itu, basuhlah dengan menggunakan air sejuk.
- Masker Strawberi
Gabungan buah strawberi dan susu segar merupakan cara yang berkesan untuk memutihkan wajah secara semulajadi. Parut atau blender empat biji buah strawberi segar dengan ¼ gelas kecil susu segar.Gunakan campuran ini sebagai masker wajah dan sapukan ke seluruh wajah hingga rata. Biarkan selama 15-20 minit dan bilas dengan air suam. Lakukan semingga dua hingga tiga kali.Namun, campuran strawberi dan susu segar ini tidak digalakkan untuk kulit anda yang sensitif.
Kentang dapat digunakan sebagai salah satu cara merawat kulit secara semulajadi serta memutihkan wajah kerana ia mengandungi vitamin C dan karbohidrat yang tinggi. Kupas sebiji kentang, cuci bersih dan blender hingga lumat. Kemudian campurkan satu sudu makan dengan madu asli ataupun satu sudu the minyak zaitun. Sapukan pada wajah, dan biarkan selama 15 minit. Lakukan pada setiap hari agar kulit wajah anda putih semulajadi.
<< ketahui cara membuat lulur kopi yang baik untuk kulit anda di sini.
No Comment