Wajib Tahu! 6 Pantang Larang Sebelum Anda & Suami Beraksi Panas Di Ranjang
Kredit :
Melakukan hubungan seks suami isteri adalah suatu kewajipan dalam rumahtangga yang harus dipenuhi oleh kedua belah pihak. Namun, seiring dengan waktu, ramai suami ataupun isteri yang kurang berminat untuk melakukan aksi panas di ranjang lagi!
Pelbagai alasan diberikan, sama ada suami ataupun isteri apabila mereka merasakan hubungan intim tidak lagi memberikan mereka kepuasan.Jika anda berdua sayangkan mahligai yang dibina, anda harus perbaharui api asmara atau ubah aksi panas di ranjang yang selama ini mungkin membosankan itu. Namun, sebelum anda mencuba suasana baru atau aksi baru yang lebih panas diranjang, anda dan suami harus tahu beberapa pantang larangnya.
Kekenyangan boleh mengurangkan rasa ghairah. Perkara ini boleh terjadi jika anda menikmati makan malam terlalu lewat dan perut pun telah dipenuhi dengan karbohidrat dan lemak manis.Menikmati makanan ‘berat’ juga menyebabkan wanita kurang berasa seksi. Malahan, disebabkan makan terlalu banyak juga akan membuatkan anda berasa lemah dan mengantuk, terutama jika anda makan makanan tinggi karbohidrat. Jadi, menikmati makanan ‘berat’ sebelum memulakan aksi panas di ranjang bukanlah strategi yang tepat. Sungguhpun begitu, anda jangan pula sengaja berlapar kerana mahu melewatkan makan malam. Sebaiknya, jamah hidangan yang ringan saja yang tidak terlalu membuatkan perut terasa penuh sehingga menganggu kenikmatan anda suami isteri.
Kurangnya inovasi dan kreativiti boleh membunuh ghairah seks anda dan pasangan. Cubalah beraksi panas di ranjang dengan melakukan pelbagai variasi hubungan seks untuk mengurangkan kebosanan. Tak ada salahnya jika anda dan suami cuba membuat aksi-aksi panas di ranjang di lokasi yang berbeza, misalnya di depan TV, di ruang tamu, di bilik mandi ataupun di ruang dapur. Ia akan memebrikan kesan sensasi yang tersendiri.Kurangnya inovasi dan kreativitas dapat membunuh gairah seks Anda. Lakukan variasi hubungan seks untuk mengurangi kebosanan. Gunakan posisi berbeda setiap berhubungan seks. Cobalah berhubungan seks dilokasi berbeda, misalnya di dapur, di depan TV atau bahkan diruang tamu, saat malam hari. Ini akan memberi sensasi tersendiri.
- Jangan Kunyah Gula-Gula Getah
Sebelum anda memulakan aksi panas di ranjang , biasanya pasangan akan melakukan ‘foreplay’ yang biasanya diawali dengan ciuman bibir dan saling ‘bertikam lidah’. Ramai yang suka mengunyah gula-gula getah sebelum beraksi panas di ranjang bagi menghindari bau mulut. Namun, tahukah anda bahawa ‘menthol’ yang terkandung dalam gula-gula getah tersebut boleh mengurangkan kadar testosteron anda, rendahnya testosterone tersebut boleh mengurangkan keinginan anda untuk melakukan hubungan seks. Jika Aanda ingin menghilangkan bau mulut tersebut, sebaiknya anda menggunakan sahaja ubat kumur bagi menyegarkan nafas anda.
- Hindari Minuman Berenergi
Anda mungkin berfikir bahawa mengambil minuman berenergi sebelum beraksi panas di ranjang akan meningkatkan stamina anda dan menjaga tubuh agar tetap ‘energetic’. Minuman yang sarat dengan gula sememangnya akan membuatkan anda berasa cergas buat sementara waktu, namun kandungan gula tersebut akan membuatkan anda cepat berasa penat.
Terlalu banyak stress sebenarnya juga boleh mengganggu kehidupan seks anda dan pasangan. Perkara yang berkaitan dengan kerja, masalah kewangan dan beberapa hal lain juga boleh mematahkan nafsu untuk melakukan hubungan seks. Sekiranya anda terlalu stress, cubalah untuk bertenang dan mintalah pasangan anda memberikan urutan lembut di bahagian belakang dan tengkuk.Meningkatkan pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran pada setiap hari juga dapat membantu anda mengurangkan rasa stress.
Berbeza pendapat atau berdebat dengan pasangan adalah perkara yang normal dalam kehidupan suami isteri. Namun, usahakan ianya tidak berlaku sebelum anda memulakan aksi panas di rancang. Sebaiknya, cuba ciptakan suasana kamar beradu yang selesa dan romantik sebelum anda dan pasangan beraksi panas di ranjang.
<< Ketahui lima cara tingkatkan kesuburan wanita di sini.
No Comment