Resepi Sambal Telur Puyuh
Kredit :
Telur puyuh mengandungi pelbagai vitamin dan mineral. Meskipun bersaiz comel, nilai nutrisinya tiga kali ganda lebih besar daripada telur ayam!
Telur puyuh mengandungi 13 peratus protein dibandingkan dengan 11 peratus pada telur ayam. Telur puyuh juga mengandungi 140 peratus vitamin B1, jika dibandingkan dengan 50 peratus pada telur ayam. Telur puyuh dihargai bukan setakat sebagai makanan, tapi juga memiliki khasiat untuk menyembuhkan penyakit. Pengambilan telur puyuh secara rutin dapat membantu melawan banyak penyakit.Telur puyuh juga memperkuat sistem ketahanan tubuh, meningkatkan kesihatan memori, meningkatkan aktiviti otak dan menstabilkan sistem saraf.Selain itu, pengambilan telur puyuh juga membantu penghidap anemia dengan meningkatkan hemoglobin dalam tubuh sekaligus membuang racun dan logam berat.Untuk lelaki, telur puyuh menyediakan fosfor, protein dan vitamin bagi kelenjar prostat yang dapat meningkatkan potensi seksual.Manakala buat wanita pula, telur puyuh mampu meningkatkan warna kulit dan memperkuatkan rambut.
Berikut adalah Resepi Sambal Telur Puyuh yang boleh anda cuba:
Bahan Yang Diperlukan Untuk Resepi Telur Puyuh:
10 biji telur puyuh (direbus, dikupas kulit telurnya dan goreng seketika –kekuningan)
Setengah biji tomato dicincang kasar
Sehelai daun daun salam
Sedikit garam
Sedikit gula/serbuk perasa
Secawan air putih
Sedikit minyak masak untuk menumis
Bahan Untuk Dikisar Halus:
2 biji bawang besar merah
2 biji bawang putih
8 sudu makan cili kering(sudah dikisar)
Cara Membuat Sambal Telur Puyuh:
- Panaskan minyak, tumis bawang merah, bawang putih dan cili kering sehingga berbau harum.
- Kemudian, masukan daun salam dan tomato cincang. Kacau sehingga layu.
- Tuang air, masukkan telur puyuh.
- Masukkan garam dan gula pasir/serbuk perasa. Gaul sehingga sebati, sehingga sedikit kering.
- Jika semuanya sudah cukup rasa, angkat dan hidangkan Sambal Telur Puyuh yang sesuai dimakan bersama nasi panas dan kicap.
<< Ketahui tips putihkan gigi menggunakan buah-buahan di sini.
No Comment