7 Manfaat Air Garam Untuk Kulit Dan Tubuh
Kredit : ruralreporters
Untuk memiliki wajah yang cantik, tidak semestinya kita perlu menggunakan produk-produk kecantikan yang mengandungi bahan kimia.
Ini adalah kerana kecantikan wajah itu boleh kita miliki daripada bahan-bahan semulajadi. Salah satu bahan semulajadi yang boleh membuatkan wajah menjadi lebih cantik, sihat dan segar adalah melalui manfaat air garam.
Berikut 7 manfaat air garam untuk kulit dan tubuh anda.
Bagi anda yang mempunyai masalah bau kaki, boleh mencuba tips ini.Rendaman air garam ternyata boleh mengatasi masalah bau kaki kerana air garam boleh mengurangi kelembaban pada kaki sekaligus mengurangkan jumlah bakteria yang ada. Caranya cukup mudah, rendam kaki yang berbau dengan air garam yang telah dilarutkan dengan air suam.Biarkan kaki terendam selama 15-20 minit. Lakukan pada setiap hari selama seminggu atau sehingga bau kaki tersebut hilang.
- Ubat Kumur
Berkumur dengan air garam boleh menghilangkan rasa sakit pada tekak.
Berkumur menggunakan air garam ternyata lebih sihat dan baik untuk tubuh kerana ia tidak mengandungi bahan kimia jahat. Selain itu, ubat kumur garam ini cukup efektif untuk membunuh bakteria pada mulut. Jika inginkan rasa yang lebih segar seperti mint, tambahkan satu atau dua titis minyak esenssial peppermint.
Jerawat biasanya muncul secara mendadak. Jika muka anda berjerawat, jangan ragu-ragu untuk memanfaatkan kegunaan air garam untuk meredakan jerawat di wajah anda.
Ambil segelas air panas suam, tambahkan garam secukupnya.Rendamkan beberapa kapas selama seminit.Tekankan dengan lembut menggunakan kapas yang telah direndam tadi pada jerawat.Lakukannya lagi dengan mencelupkan kembali kapas ke dalam air garam, tekan-tekan kembali jerawat dengan kapas tersebut.
- Srubbing
Garam mengandungi pelembut semulajadi yang dapat menghaluskan kulit Anda. Jika anda memiliki kulit kering, cubalah untuk menggunakan skrub garam. Teksturnya yang sedikit kasar akan membuat sel kulit mati terkelupas. Mineral yang terkandung di dalamnya juga boleh melembutkan dan melembabkan kulit. Caranya, ambil garam secukupnya kemudian campur dengan minyak zaitun atau minyak almond. Anda boleh juta menambahkannya dengan minyak essential seperti vanilla, lavender atau cinnamon.
Bagi anda yang memiliki kulit berminyak atau berjerawat, tak ada salahnya untuk menggunakan masker garam. Jenis masker ini dapat mengurangi peradangan kulit, menyeimbangkan kadar minyak, dan mempercepatkan penyembuhan kulit daripada jerawat. Larutkan satu secawan kecil garam ke dalam air suam. Kemudian masukkan tiga sudu makan madu asli. Campurkan semuanya. Setelah itu, sapukan ke wajah anda dan biarkan selama 15 minit. Setelah itu bilaslah dengan air suam.
Larutkan 1/4 sudu teh garam dan 1/2 liter air suam.Basuhlah ke mata yang terasa penat itu. Untuk menghilangkan lingkaran hitam atau bengkak pada mata, larutkan satu sudu teh garam dengan 1 liter air suam, celupkan kapas dan letakkan pada mata sambil berbaring dan relaks.
Jika anda sedang mengalami masalah bibir kering dan pecah-pecah, cubalah manfaat air garam yang satu ini. Campurkan tiga sudu besar garam dengan 1 sudu besar Vaseline.Gaul rata dan sapukan ke bibir untuk mengelupaskan bibir yang kering. Bersihkan kulit-kulit yang bibir kering yang ada dengan kapas basah. Setelah itu, aplikasikan lip balm untuk menjaga kelembaban bibir.
<< Ketahui petua licinkan kulit muka tanpa kesan sampingan di sini.
No Comment