Banyak Kebaikannya Jika Anda Suka Minum Air Suam
Kredit : prevention
Anda yang sedang berdiet tentunya lebih suka memilih untuk minum air suam, kan? Ini adalah kerana air suam dipercayai boleh menurunkan berat badan dengan cepat dan mempunyai banyak kebaikan untuk kesihatan.
Selain itu, ramai juga yang gemar untuk mandi pada pagi hari atau malam hari dengan menggunakan air suam. Mandi dengan air suam dikatakan dapat memberikan ketenangan dan juga membuatkan tubuh berasa lebih selesa serta relaks.
Berikut adalah beberapa kebaikan yang boleh anda peroleh jika minum air suam:
Air suam cukup efektif dalam membersihkan tubuh. Jika sistem penghadaman anda kurang baik, dengan mudah anda dapat mengatasinya dengan minum segelas air suam, dua kali sehari. Minum segelas air suam pada pagi hari juga dapat membersihkan tubuh dari racun dan memperbaiki sistem yang rosakdi dalam tubuh. Anda juga boleh mencampurkan air suam dengan madu atau lemon untuk mendapatkan hasil yag lebih baik.
Minum segelas air panas suam adalah ubat yang efektif untuk menyembuhkan sakit menstruasi. Jika Anda mengalami sakit perut, sakit kepala atau sengal-sengal badan, minum segelas air suam adalah cara paling pantas untuk merawatnya.
Sembelit merupakan masalah perut yang kerap dialami oleh ramai orang. Selepas bangun tidur pada pagi hari, minumlah segelas air suam dalam keadaan perut kosong untuk meningkatkan gerakan usus yang akan dapat menyembuhkan sembelit. Air suam juga boleh memecah partikel makanan dan membawanya melalui usus.
Adakalanya bila anda minum air suam, peluh akan keluar. Ketika itu, suhu tubuh anda meningkat, air cubaa untuk mendinginkan suhu melalui peluh. Berpeluh boleh membantu membersihkan sel-sel kulit.
Bagi anda yang ingin menurunkan berat badan, minumlah segelas air suam dengan lemon dan madu pada setiap hari selepas makan. Cara ini sangat membantu dalam menurunkan berat badan yang berlebihan. Air suam akan memecah timbunan lemak dalam tubuh dan membantu dalam proses penurunan berat badan.Manakala lemon yang memiliki pektin serat akan mengawal keinginan anda untuk makan
Selain membakar timbunan lemak, minum air suam juga dapat melancarkan perjalanan darah dalam tubuh, serta mengeluarkan racun berbahaya dari dalam tubuh.
Iritasi yang terjadi pada tekak atau tonsil disebabkan batuk memang menyakitkan. Minum air suam disebut boleh mengurangkan sakit tekak,batuk berkahak dan membantu kahak keluar dengan mudah.
<< Ketahui kebaikan minum jus lidah buaya dan cara menanamnya di sini.
No Comment