Resepi Buah Melaka
Kredit Foto : bp
Resepi Buah Melaka.Ramai yang menyukai kuih buah Melaka dan menjadi salah satu menu kegemaran ramai sewaktu berbuka puasa. Jom cuba Resepi Buah Melaka istimewa ini.
Pastinya waktu berbuka puasa menjadi salah satu waktu yang paling istimewa. Lebih seronok lagi apabila kita dapat menyediakan sendiri juadah berbuka tersebut, biarpun hanya mampu dengan satu menu kuih!
Sebenarnya ada banyak menu istimewa yang boleh kita buat, tetapi elok juga jika kita mulakannya dengan resepi yang cukup mudah iaitu Resepi Buah Melaka atau Onde-Onde.
Dapatkan Juga: Resepi Puding Trifle
Bahan-Bahan Yang Diperlukan Untuk Resepi Buah Melaka
Sebungkus Tepung Pulut
Secawan Tepung Gandum
5 Helai Daun Pandan
½ Sudu Teh Pewarna Hijau
1 Sudu Garam
Gula Melaka Secukupnya – potong dadu
Sebiji Kelapa Muda (diparut – ambil bahagian putih sahaja)
Sedikit garam – untuk gaul dengan kelapa parut
Air Secukupnya
Sedikit Kapur
Dapatkan Juga: Resepi Puding Jagung
Cara-Cara Membuat Kuih Buah Melaka
- Campurkan ke semua tepung dengan air daun pandan,garam dan air kapur sedikit demi sedikit sehingga adunan boleh digentel dan tidak melekat melekat di tangan.
- Gentelkan adunan sebesar biji guli atau ibu jari dan leperkan.
- Kemudian isikan gula Melaka yang telah dipotong dadu ditengahtengahnya.
- Tutup adunan kemas-kemas dan gentel adunan dengan kedua tapak tangan supaya berbentuk bulat cantik.
- Sementara itu jerang air di dalam periuk. Masukkan daun pandan agar berbau wangi.
- Setelah itu masukkan bebola adunan kuih buah Melaka tadi ke dalam air yang mendidih.
- Bebola kuih buah Melaka itu akan timbul apabila sudah masak.
- Ceduk, angkat dan toskan dan terus masukkan pinggan kelapa parut yang telah digaul bersama sedikit garam.
- Golek golekkan di atas kelapa sehingga ianya betul betul bersalut.
- Sedia untuk dihidangkan.
Jangan lupa SHARE artikel ini ya.
<< Dapatkan Resepi Ikan Kerapu Masak Stim di sini.
No Comment