Gaya HidupKarier & Wang

Jangan Buat Onar- Perniagaan Online Tidak Sihat!

online business - woman online magazine

Kredit Foto : onlinementormagazine

Perniagaan Online. Mungkin selama ini anda tidak pernah membayangkan bahawa perniagaan online boleh mendatangkan banyak keuntungan. Mungkin juga dahulu anda menilai masih ramai orang yang belum memahami ertikata sebenar apakah itu perniagaan online.

Namun, kini segalanya sudah berubah. Kita semua boleh melihat betapa tingginya kesedaran masyarakat hari ini untuk berubah daripada perniagaan konvensional ke perniagaan online. Malahan adan juga boleh melihat betapa banyaknya blog, website dan sebagainya yang menawarkan pelbagai jenis barangan dan juga latihan.

Dunia hari ini benar-benar telah diwarnai dengan perniagaan online. Bahkan ia menjadi trend di kalangan masyarakat dunia kerana internet mempermudahkan anda melakukan segalanya.

Tetapi, tahukah anda apa yang menjadi kunci kejayaan untuk berniaga secara online ini? Perniagaan online perlu ‘sihat’ dan dikendalikan secara professional. Perniagaan online yang sihat adalah perniagaan yang dilaksanakan dengan jujur dan ikhlas. Untuk menjalankan perniagaan online secara sihat, adalah sangat penting untuk anda memahami tips berniaga online yang jujur dan ikhlas.

 

Baca Juga: Risiko Beli Barang Online

 

Sebelum anda mengetahui tips perniagaan online yang sihat, elok juga jika anda memahami tentang perniagaan online yang dimaksudkan tidak sihat serta apakah alasan yang membuatkannya disebut tidak sihat. Perniagaan online yang tidak sihat biasanya diwarnai oleh manusia-manusia yang hanya ingin memanfaatkan ‘ketidaktahuan’ orang lain.

Dengan cerita atau imbuhan yang cukup besar, mereka ini mencari orang-orang baru yang boleh dimanfaatkan bagi mengaut keuntungan. Antara alasan yang membuatkan perniagaan online tersebut dikatakan tidak sihat adalah tidak ada produk yang dijual dan tidak ada unsur jual beli, kerana memang tidak ada barangan yang hendak dijual.

 

Baca Juga: Cara Buat Duit Online

 

Sekiranya anda menjumpai blog ataupun website seperti itu, anda kenalah lebih berhati-hati dan cuba hindarinya. Sungguhpun begitu, tidak semua orang yang melakukan perniagaan online ini mempunyai sikap sedemikian dan masih ramai yang membuat perniagaan online secara sihat.

 

Berikut beberapa tips perniagaan online yang sihat. Semak ya!

  • Semak Siapa Pemilik Produk.
  • Lihat Bagaimana Sistem Perniagaan Onlinenya.
  • Lihat Kata-Kata Komen Pengguna/ Testimonial.
  • Sentiasa Semak.
  • Semak Dan Kenal Pasti Apakah Perniagaan Online Ini Benar-Benar Wujud Dan Beroperasi.

Untuk Memastikannya Anda Perlu Menyemak:

  • Alamat pengiklan (penjual).
  • Kenal pasti foto-foto daripada barangan yang dijual.
  • Cara untuk dihubungi (SMS, WhatApps,e-mel dan lain-lain).
  • Dapatkan kepastian tentang barangan tersebut boleh dipos ataupun tidak.
  • Simpan resit atau segala bukti pembelian

 

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya!

<< Ketahui cara untuk mengatasi masalah kewangan peribadi dan keluarga anda di sini.

Previous post

Lebih 'Cun' Dengan Gaya Rambut Pendek 2016

Next post

Selendang Half Moon Paling Mudah Digayakan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *