Ketahui 4 Jenis Makanan Untuk Mata Sihat
Kredit : disinfo
Setiap makanan yang dimakan boleh mempengaruhi setiap bahagian daripada tubuh, termasuklah mata.Terdapat banyak makanan sihat dan lazat boleh anda nikmati. Makanan untuk mata dengan kandungan zat atau nutrisi tertentu akan membantu kesihatan mata dengan baik. Nutrisi tertentu akan membantu melindungi mata anda daripada keadaan seperti katarak dan rabun.
Penggunaan krim mata untuk mengurangkan kedutan halus adakalanya menyebabkan kulit di sekitar mata menjadi kering dan kehilangan kelembaban. Selain krim mata, vitamin E dikatakan mampu mengurangkan kedutan serta garis-garis halus pada mata. Ambil kapsul vitamin E, dan supukan isinya pada kulit di sekitar mata. Cara ini dipercayai mampu mempertahankan keremajaan kulit dan elok dilakukan sejak remaja lagi.
Namun, bagi anda wanita yang sudah berusia, tidak perlu berkecil hati. Belum terlambat untuk anda mendapat manfaat vitamin E. Ini adalah kerana vitamin E yang disapu pada kulit mata memainkan peranan sebagai antioksidan dan akan menyamarkan kedutan dan membantu mencegah pembentukan garis-garis halus yang baru.Vitamin E yang dioleskan pada kulit mata berperan sebagai antioksidan dan akan melumasi area mata, menyamarkan kerutan, dan membantu mencegah pembentukan kerutan baru.
Menggunakan kapsul vitamin E ternyata lebih murah jika dibanding dengan membeli krim anti kedut dengan hasil yang sama, bahkan lebih baik. Sapukan vitamin E di sekitar kawasan mata dalam jumlah secukupnya. Menyapunya dengan terlalu banyak akan membuat mata adan nampak terlalu berkilat.Penggunaa vitamin E ini tidak hanya terbatas untuk kulit luar sahaja. Pengambilan makanan yang kaya dengan vitamin E juga akan membantu menjaga kecantikan dan kesihatan kulit anda.Bahkan, ia merupakan makanan terbaik untuk mata.
Berikut berapa makanan untuk mata yang kaya dengan vitamin E:
Biji bunga matahari dalam bentuk kering mahupun minyak merupakan sumber vitamin E yang baik. Anda boleh menggunakan kuaci sebagai kudapan yang menyihatkan kerana dalam 100 gram kuaci terkandung 36,6 mg vitamin E.
Makanan untuk mata yang mengandungi sumber vitamin E yang seterusnya adalah brokoli.Selain berkhasiat untuk mencegah penyakit kanser, brokoli juga mengandungi beberapa jenis vitamin, seperti vitamin A, C, D, E, dan K. Untuk mendapatkan manfaat terbaik, brokoli sebaiknya dimasak dengan cara dikukus.
Oregano atau daun kemangi ternyata mengandungi vitamin E yang cukup tinggi. Daun rempah beraroma wangi ini mengandungi 7,38 miligram vitamin E dalam 100 gram penyediaan.
Makanan untuk mata daripada sayur bayam ini menyumbang sebanyak 41.4 mg vitamin E semulajadi untuk tubuh. Kandungan anti oksidan yang ditemukan dalam bayam adalah flavonoid dan karotenoid. Dua zat ini sangat penting sebagai sumber anti inflamsi dan zat anti oksidan. Selain itu, zat lutein dan zeaxantin dalam bayam juga turut menyokong kerja sistem anti oksidan yang sangat penting menjaga kesihatan mata terutama pada retina.
<< Ketahui jenis makanan yang mampu mencegah kanser serviks di sini.
No Comment