ModeStail

7 Tips Tudung Pashmina Yang Boleh Anda Gayakan

pashmina - woman online magazine

Kredit Foto: etsystatic

Tudung Pashmina biasanya bersaiz besar dengan material yang relatifnya halus. Tudung Pashmina dulunya diperbuat daripada material jenis wool.

Rekaan dan fesyen tudung Pashmina dikatakan berasal dari negara Kashmir dan Nepal yang pada ketika itu banyak dimanfaatkan sebagai shawl atau selendang.Pada awal kemunculannya, Pashmina ini hanya memiliki warna-warna polos seperti hitam, putih, dan coklat.

Setelah permintaan pelanggan terhadap tudung Pashmina meningkat, pelbagai motif rekaan dan warna telah dihasilkan untuk menarik lebih ramai orang untuk menggayakannya.Selain itu, kepelbagaian tersebut telah mempermudahkan pelanggan untuk memadu-padankan tudung Pashmina ini.

 

Baca Juga: Tudung Bawal Satin

 

Di samping itu, sesuai dengan meningkatnya keperluaan wanita muslim terhadap tudung atau selendang ini, jadi Pashmina dibuat dengan material lain yang setara. Bahan yang sering dipilih dan digunakan dalam pembuatan Pashmina, antaranya serat sutera (silk), chiffon, cotton dan knitting

Apa yang menariknya daripada pemakaian tudung Pashmina ini adalah kerana harganya yang murah, corak dan warna yang bermacam-macam sehingga senang untuk disuai-padankan. Dengan tudung Pashmina, anda boleh tampil dengan lebih bergaya.

Berikut tips memakai tudung Pashmina yang boleh anda cuba:

  1. Pilih jenis bahan Pashmina yang mahu anda pakai. Jika mahu pergi ke pesta atau majlis rasmi, pilihlah material yang halus seperti sutera atau wool. Namun jika untuk aktiviti harian seperti ke pejabat, kuliah atau bersiar-siar, anda lebih bebas memilih materialnya.
  2. Sebelum memakai tudung Pashmina terlebih dahulu buatlah sanggul ninja atau pakai inner untuk menutup rambut. Sesuaikan warna inner dengan warna tudung Pashmina agar sesuai dan kelihatan lebih menarik.
  3. Letak tudung Pashmina di atas kepala dengan posisi bahagian kiri lebih pendek dari yang kanan.
  4. Tariklah bahagian yang lebih pendek (kiri) tersebut ke arah belakang, dan ikatkan dengan peniti pada tengkuk.
  5. Untuk bahagian sisi yang panjang (kanan), lingkarkan di atas kepala sampai habis. Manakala pada hujungnya di mana ia berhenti, sematkan di sana dengan diberi hiasan bros atau jarum peniti.
  6. Untuk penampilan yang sedikit berbeza, anda boleh padu-padankan satu warna tudung Pashmina dengan tudung Pashmina yang lainnya.
  7. Untuk menyerlahkan lagi penampilan, anda boleh menambahkan kerongsang,pin tudung atau assesori lain dengan warna yang senada ataupun warna kontras sesuai dengan keinginan anda sendiri.

Nota Kaki: Jangan lupa SHARE artikel ini.

<< Tampil lebih anggun dengan tudung Turki di sini.

 

 

Previous post

Putih & Cantik Dengan Masker Muka Buah-Buahan Yang Anda Buat Sendiri Dalam Masa 10 Minit!

Next post

Cari Pasangan Hidup: Suami Soleh & Penyayang Idaman Semua Wanita!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *