Mekap Natural Buat Wajah Anda Nampak Lebih Segar
Kredit : aroundmakeup
Mekap Natural. Semua wanita mahu kelihatan cantik biarpun hanya dengan solekan yang sederhana. Mekap natural adalah yang terbaik!
Namun, ramai yang tidak tahu cara menggunakan mekap dengan betul sehingga penampilan wajah nampak tidak sempurna.Mekap yang digayakan juga tidak natural dan nampak tebal.Berikut beberapa tips memakai mekap natural agar wajah anda nampak segar, cantik dan semulajadi, khususnya di Hari Raya nanti.
Langkah 1
- Wajah Mesti Bersih
Sebelum memakai sebarang mekap, pastikan wajah anda dalam keadaan bersih. Guna pembersih wajah, toner dan pelembab.
Langkah 2
- Foundation
Pilihlah foundation senada dengan warna kulit atau satu tingkat lebih gelap daripada warna kulit anda. Jika foundation yang dipilih lebih terang, mekap tidak akan kelihatan natural.
Langkah 3
Anda disarankan menggunakan span ketika memakai bedak.Pilihlah dua warna bedak dengan warna lebih nude atau sesuai warna kulit dan warna putih. Sapukanlah bedak dengan arah ke bawah kerana ada bulu-bulu halus di wajah sehingga dapat membuka pori-pori wajah mengakibatkan wajah mudah berjerawat.
Baca Juga: Atasi Masalah Jerawat
Langkah 4
Pastikan anda memakai eye shadow dengan teknik ‘ditepuk-tepuk’ mengikut benjolan mata. Hindari menyapu eye shadow secara langsung. Cuba jarak eye shadow dan kening, gunakan teknik highlight agar mekap nampak lebih natural.
Langkah 5
Lakukanlah penggunaan pemerah pipi atau blush on dengan sedikit tersenyum. Jika anda berkulit gelap, pilihlah warna blush on sedikit terang. Untuk kulit putih boleh menggunakan semua warna. Sesuaikan dengan mekap natural.
Langkah 6
Mulakan penggunaan eye liner di bahagian atas, mulakan dari arah dalam ditarik ke arah luar sesuai dengan pertumbuhan bulu mata. Untuk bahagian bawah mulakan dari arah luar tarik ke dalam. Gunakan eye liner yang gel atau pensil kerana ia lebih mudah.
Langkah 7
Bagi anda yang memiliki kening tebal memadai anda merapikannya dengan menggunakan sikat kening. Bagi kening yang nipis boleh dibentuk dengan membingkainya. Mulakan dari tepi hidung sampai ke pangkal kening. Kemudian dari kelopak hidung ,tegak lurus ke pangkal kening hingga ke sudut bola mata luar. Setelah itu, baru bingkai kening lalu tolak ke luar menggunakan pensil kening.
Langkah 8
Pilihlah lipstik yang sesuai dengan make up natural. Sebaiknya untuk lebih kelihatan natural, pilih warna lipstik nude. Tapi jika anda ingin menggunakan lipstik berwarna cerah seperti merah, tidak jadi masalah tetapi pastikan ia sesuai dengan mekap natural.
Jangan lupa SHARE artikel ini.
<< Ketahui cara buat lipstik yang dipakai tahan lebih lama di sini.
No Comment