4 Koleksi Hijab Yang Wajib Anda Miliki
Wanita-wanita berhijab pada hari ini kelihatan semakin kreatif dalam memadupadankan hijab mereka. Ada di antara anda yang bukan main lagi, macam-macam koleksi hijab yang anda miliki.
Di samping itu, tentu ada di antara anda yang berasa sukar untuk menentukan rekaan hijab yang sesuai dengan diri dan personaliti anda.Gaya hijab yang digayakan dikatakan boleh mempengaruhi penampilan seseorang secara keseluruhannya.Anda yang sentiasa mengikuti perkembangan serta aliran fesyen hijab, pasti mempunyai lebih daripada satu jenis koleksi hijab untuk dipakai setiapkali anda keluar daripada rumah.
Berikut empat jenis hijab yang wajib anda miliki:
Koleksi hijab jenis ini paling praktikal digayakan daripada yang lain. Ia boleh terus disarungkan ketika anda nak cepat. Koleksi hijab jenis ini juga semakin bervariasi. Koleksi tudung instan ini wajib dimiliki kerana ia bukan sahaja mudah dan praktikal, malah nampak kemas apabila dipakai walaupun anda berada dalam keadaan terburu-buru. Koleksi tudung instan jenis ini juga semakin disukai ramai kerana rekaannya sudah semakin moden dan ‘up to date’.
Material koleksi selendang panjang ada bermacam-macam, seperti rajut, chiffon, cotton dan lain-lain ini sebenarnya wajib anda miliki. Sebenarnya selendang panjang ini mudah untuk digayakan, sama ada turban dan sebagainya. Koleksi elendang panjang dengan material chiffon biasanya dijual dengan harga murah dan kebanyakan wanita Muslimah yang berhijab memilikinya.
Kebanyakan anda pasti memiliki tudung Pashmina yang biasanya diperbuat daripada material Kashmir. Koleksi tudung Pashmina ini mempunyai pelbagai jenis warna, motif dan rekaan. Malahan, koleksi tudung Pashmina juga boleh dipakai dalam pelbagai majlis, tak kira formal mahupun in formal.Ada juga yang gemar menggunakannya sebagai selendang di leher.
- Tudung Segiempat
Koleksi Tudung Segi Empat menjadi kegemaran para hijabers. Biasanya diaplikasikan dengan pelbagai gaya tudung.Selain itu, koleksi tudung Segiempat ini juga lebih mudah untuk digayakan mereka yang baru saja berhijab. Koleksi tudung Segiempat ini juga mempunyai pelbagai motif dan rekaan. Materialnya pun bervariasi, antaranya cotton,polyester dan silk. Anda cuma perlu menyesuaikan materialnya dengan majlis yang mahu anda hadiri.
<< Tampil lebih anggun dengan tudung Turki di sini.
Kredit : thecrescent , assets , bp , tudung
No Comment