ProblemSihat

5 Cara Mudah Untuk Mengatasi Stress Dan Depresi

mengatasi depresi - woman online magazine

Kredit : classic

Stress boleh disebabkan oleh masalah kerja dan tekanan daripada pelbagai pihak sehingga menimbulkan depresi pada seseorang.Akibatnya anda yang berhadapan dengan masalah depresi ini akan berasa sedih, sering berasa penat, kehilangan semangat hidup dan pola tidur pun jadi terganggu.

Mengatasi depresi dapat dilakukan dengan cara yang lebih sihat, misalnya dengan meningkatkan nutrisi ke otak dan sebagainya. Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi depresi yang boleh anda cuba.

  1. Pengambilan Suplemen

Terdapat pelbagai suplemen herba yang boleh membantu meringankan depresi. Meningkatkan pengambilan Omega-3 dan vitamin D juga boleh menjadi cara efektif lainnya dalam mengatasi depresi. Tetapi sebelum anda mengambilsuplemen ini, pastikan anda telah mendapat nasihat doktor terlebih dahulu.

  1. Talk Therapy

Talk Therapy dikatakan cukup berkesan dalam perubatan depresi dan telah terbukti memiliki efek yang sangat positif. Carilah doktor pakar terapi yang anda percayai dan dapatkan nasihatnya bagi membantu anda mengatasi deprasi tersebut.

  1. Makan Coklat

Coklat mempunyai cita asa yang nikmat dan mampu meningkatkan serotonin dalam otak, sehingga anda akan berasa bahagia setelah memakannya. Coklat juga mempunyai kandungan phenethylamine, yang mampu membuat anda selalu berasa jatuh cinta. Makan coklat adalah salah satu cara paling mudah dan murah untuk mengatasi depresi.

  1. Nikmati Saja Aiskrim!

Aiskrim memang stress relieve yang paling berkesan. Jika kepala anda terlalu panas kerana terlalu banyak berfikir, kesejukkan aiskrim dikatakan mampu menyejukkan fikiran. Susu dan krim yang banyak terkandung di dalam aiskrim dikatakan memiliki banyak asid amino tryptophan yang dapat menenangkan otak.Anda disarankan memilih aiskrim jenis low fat kerana ia adalah solusi terbaik agar lemak di tubuh anda tidak bertambah.

  1. Teh Hijau

Jika stress menyerang, pilihlah untuk meminum teh hijau dibanding soft drink. Banyak sekali manfaat yang terkandungan di dalam teh hijau untuk kesihatan seperti catechin yang dapat mencegah radikal bebas dan menyihatkan mata.Asid amino thenine juga dipercayai dapat menenangkan otak sekaligus mengatasi depresi yang sedang anda hadapi.

<< Ketahui tips semulajadi untuk mengawal kadar kolesterol di sini.

 

 

Previous post

Wajib Baca! Cara Betul Menyimpan Duit Gaji Anda

Next post

Mesti Cuba! 3 Cara Mudah Miliki Punggung Padat Dan Seksi

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. December 30, 2015 at 12:29 am — Reply

    […] suasana hati yang extreme boleh menjadi salah satu petanda dari migraine. Anda mungkin akan berasa tertekan, cepat melenting, marah atau mudah tersinggung tanpa […]

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *