CantikKulit

Cara Paling Senang Merawat Kulit Wajah Agar Kelihatan Lebih Cerah

merawat kulit wajah - woman online magazine

Kredit : mygreencleaners

Anda Perlu Merawat Kulit Wajah Dengan Tepat Jika Mahu Muka Nampak Cerah.

Ini adalah kerana wajah memerlukan penjagaan yang baik dan maksimum bagi mendapatkan wajah yang sihat dan kelihatan lebih cerah. Ada banyak cara untuk merawat kulit wajah, tetapi bagi anda yang ‘super sibuk’, WOM.my memberikan tips yang paling mudah untuk anda mempraktikkannya.Sekalipun anda terlalu sibuk, anda perlu juga menitikberatkan soal penjagaan wajah. Ini adalah kerana ia merupakan bahagian yang sangat sensitif dan memerlukan perawatan yang optimum.

 

Berikut cara merawat kulit wajah yang perlu anda praktik.

 

  1. Rajin Membersihkan Muka

Mungkin ada di antara anda yang malas untuk mencuci muka, sedangkan dengan membersihkannya segala kotoran yang ada pada wajah akan hilang. Bahkan pori-pori kulit wajah juga akan menjadi semakin bersih dan tidak tersumbat.Anda disarankan membersihkan wajah setiap empat jam sekali kerana dalam tempoh tersebut jumlah kotoran cukup banyak dan perlu dibersihkan.

 

  1. Produk Kosmetik Bebas Bahan Kimia

Kulit wajah adalah bahagian yang sangat sensitif jika terkena bahan kimia. Jika bahan kimia yang terdapat dalam kosmetik atau produk kecantikan tersebut memiliki kadar yang tinggi akan merosakkan kulit wajah anda.Jadi, anda perlu menghindarinya dan beralih kepada produk-produk kecantikan mengunakan bahan semulajadi.

 

  1. Pengambilan Buah-Buahan Dan Sayur-Sayuran

Untuk mendapatkan kulit wajah yang bersih, sihat dan cantik pastikan anda makan buah-buahan dan sayur-sayuran. Kedua-duanya memiliki zat yang sangat bagus untuk kulit wajah. Pengambilan secara rutin akan membuatkan kulit wajah anda menjadi semakin cerah dan lembut.

 

  1. Masker Wajah Semulajadi

Masker wajah menggunakan bahan semulajadi sangat efektif dan selamat untuk kesihatan dan kecantikan kulit wajah.

 

  • Buah Oren

Oren kaya dengan vitamin C dan mempunyai manfaat yang baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit wajah seperti mencerahkan kulit, merapatkan pori-pori kulit wajah dan membuatkna kulit putih berseri. Belah dua buah oren, perah airnya dan sapukan pada wajah. Biar sehingga kering dan cuci dengan air suam. Kemudian biarkan selama 5 minit, kemudian bilas lagi, kali ini dengan menggunakan air sejuk pula.

 

Selain enak dimakan, buah betik juga bagus untuk merawat kulit. Kandungan enzim yang terdapat pada buah betik hijau boleh membuatkan kulit putih cerah.

Haluskan betik hijau (setengah masak) dengan betik yang masak, gabungkan keduanya dan kacau sehingga rata. Sapukan pada wajah, biarkan kering selama lebih kurang 15 minit. Setelah itu barulah dibilas dengan air bersih.

<< Mesti cuba cara untuk menghilangkan daki di badan di sini.

 

 

Previous post

Wajah-Wajah Bertopeng Menggegarkan Esplanade, KLCC

Next post

La Cremeria® Mini Terbaharu – Kenikmatan Dalam Satu Gigitan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *