CantikKulit

Ketahui Cara Mengecilkan Pori-Pori Wajah Dengan Mengunakan ‘Steam Facial’

Cara Mengecilkan Pori Pori Wajah - woman online magazine

Kredit : testingserver

Bagaimanakah Cara Mengecilkan Pori-Pori Wajah Secara Semulajadi Dan Selamat?

Sebenarnya ada banyak cara untuk mengatasi permasalah seperti ini, contohnya dengan suntikan vitamin C, yang berfungsi untuk menjaga kesihatan kulit.Pori-pori yang membesar di wajah juga boleh menjadi salah satu penyebab masalah pada kulit yang menyebabkan munculnya jerawat.Membersihkan pori-pori kulit wajah dengan wap air atau ‘steam facial’ adalah salah satu cara mengecilkan pori-pori wajah yang boleh anda lakukan sendiri di rumah. Caranya mudah sahaja dan jimat pun jimat!

Untuk melakukan terapi wap air atau ‘steam facial’ pastikan menggunakan air panas. Tetapi, hati-hati ya jangan sampai terkena pada wajah anda kerana ia sangat berbahaya. Boleh melecur tau!

Berikut beberapa langkah atau cara mengecilkan pori-pori wajah dengan ‘steam facial’.

 

Langkah 1

Sediakan bahan-bahan dan peralatan seperti periuk, bandana, pembersih muka,mangkuk, tuala muka, tuala mandi, kapas dan astringent atau cuka.

 

Langkah 2

Kemaskan rambut anda dan pakailah bandana supaya rambut anda tidak menutupi wajah serta menganggu proses ‘steam facial’.

 

Langkah 3

Kemudian bersihkan wajah dengan pembersih muka terlebih dahulu.

 

Langkah 4

Masukkan air mendidih ataupanas ke dalam sebuah mangkuk. Untuk mendapatkan hasil yang lebih sempurna anda boleh meletakkan sehelai dua daun papermint.

 

Langkah 5

Letakkan mangkuk tersebut di atas meja untuk mempermudahkan anda melakukan proses yang seterusnya.

 

Langkah 6

Ambil posisi yang tepat, pastikan wajah anda betul-betul di atas mangkuk, dan tutuplah keseluruhan bahagian kepala anda dengan menggunakan tuala besar supaya membuka pori-pori pada kulit wajah.

 

Langkah 7

Biarkan selama kurang lebih 10 minit, tujuannya supaya wap air menjadi sejuk.

 

Langkah 8

Setelah wap air tersebut sejuk, gunakan pembersih muka. Kemudian bilas wajah anda dengan menggunakan air suam. dingin, gunakanlah pembersih wajah

 

Langkah Terakhir

Celupkan kapas pada astringent atau cuka, kemudian gosokan pada wajah secara perlahan-lahan. Setelah itu, bersihkan kembali dengan air suam. Kemudian bilaslah dengan air sejuk dan ‘tepuk-tepuk’ muka anda dengan mengggunakan tuala muka secara perlahan-lahan.

<< Ketahui cara mengatasi muka berminyak dan mekap tahan lebih lama di sini.

 

 

Previous post

‘Beat Soldier Strong’ Juara Asian Battleground 2015

Next post

Kepentingan Makanan Berkhasiat Untuk Memperlambatkan Proses Penuaan

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *