4 Manfaat Madu Untuk Kecantikan Wajah
Kredit: sarasotahoney
Manfaat Madu Untuk Kecantikan Wanita Tidak Perlu Dipertikaikan Lagi. Madu adalah keajaiban alam!
Berikut beberapa manfaat madu untuk kecantikan yang wajar anda ketahui:
Satu sudu teh madu sudah boleh menunda proses degenerative kulit anda. Jika ditambah sukatannya ia akan membantu melambatkan penuaan dengan mempertahankan ketegangan serta keelastikan kulit wajah anda.
2. Menanggalkan Kotoran Di Wajah
Anda boleh memakai madu sebagai masker. Sapukan madu di seluruh wajah dan biarkan sehingga 30 minit. Kemudian bilas wajah dengan air suam dan lap dengan tuala muka yang lembut dengan bersih. Buatlah selalu secara rutin, pada malam hari sebelum anda tidur.
Berita baik buat anda yang mempunyai masalah jerawat. Anda boleh menggunakan madu sebagai cara untuk mengatasi masalah tersebut. Caranya mudah sahaja, panaskan madu di atas api yang sederhana selama seminit. Setelah itu, biarkan ia suam sedikit. Kemudian barulah disapu ke kawasan yang terdapat jerawat ataupun bekas jerawat. Biarkan selama tiga jam, kemudian barulah dicuci dengan air suam. Lakukan cara ini secara rutin.
Anda boleh memiliki wajah yang cerah dan lebih putih dengan manfaat madu yang mampu mengangkat sel kulit mati yang terdapat di wajah. Sediakan satu sudu makan madu asli, minyak almond, oatmeal dan perahan lemon. Campurkan ke semua bahan sehingga sebati. Kemudian sapukan di wajah dan urut secara perlahan-lahan selama 10 minit. Kemudian cucilah dengan air bersih.
<< Ketahui cara paling mudah untuk miliki kulit putih bersih di sini.
No Comment