Tips Kecantikan Rambut Buat Anda Yang Memakai Hijab
Kredit: twimg
Tips Kecantikan Rambut. Sekalipun anda berhijab, itu tidak bermakna anda tidak perlu memberikan seribu satu perhatian buat rambut anda.
Pastikan di sebalik hijab anda itu, anda mempunyai rambut yang cantik.Untuk mendapatkan rambut yang cantik meskipun anda berhijab, anda perlu memberikan penjagaan istimewa buat rambut anda. Kekurangan kadar oksigen serta kelembapan pada rambut yang tertutup boleh merosakkan kesihatan rambut.
Berikut beberapa tips kecantikan rambut buat anda yang berhijab. Mudah-mudahan tips ini akan membuatkan anda semakin selesa ketika mengayakan hijab.
- Rambut Mesti Kering
Ketika anda mengenakan hijab, pastikan rambut anda dalam keadaan kering sebelum memakainya. Rambut yang basah boleh menjadikan salah satu penyebab timbulnya kelemumur di kulit kepala serta mengeluarkan aroma yang tidak sedap.
- Sikat Rambut Sebelum Memakai Hijab
Jika rambut anda panjang, sanggul atau ikat rmabut anda cuma jangan terlalu ketat. Pastikan anda memilih pengikat rambut yang lembut.
- Biar Rambut Bernafas Seketika
Carilah waktu biarpun anda sedang sibuk untuk melepaskan hijab atau tudung buat seketika agar pori-pori pada kulit kepala anda boleh menyerap oksigen dnegan lebih baik. Mungkin anda boleh melakukannya setiap kali anda menunaikan solat.
- Pilih Material Hijab Yang Serap Peluh
Pastikan anda memilih material hijab yang mampu menyerap peluh seperti cotton dan spandex. Perkara ini bertujuan untuk mengurangkan kadar kelembapan pada kulit kepada.
- Jaga Kebersihan Rambut
Cucilah rambut secara teratur dan jangan malas. Seminggu cuci rambut dua atau tiga kali dan pastikan produk rambut yang digunakan sesuai dengan jenis rambut anda.
<< Ketahui cara menyuburkan rambut di sini.
No Comment