4 Gaya Rambut Simple Yang Sesuai Untuk Anda Ketika Bersenam
Kredit: fashionspassion
Gaya Rambut Simple. Pasti ramai di antara kita yang menyukai gaya rambut simple, khususnya apabila mahu bersenam ataupun pergi ke gym.
Gemar bersenam ataupun bersukan bukan halangan untuk anda tetap cantik. Berikut beberapa gaya rambut simple yang boleh anda cuba.
Kredit: shape
- Tarik & Ikat Semua Rambut Ke Atas
Bagi anda yang tidak mempunyai banyak waktu untuk mendandan rambut, gaya ini boleh dipraktik. Anda hanya perlu tarik keseluruhan rambut ke atas dan ikat.Sentuhan ini tetap memberikan kesan stylish.
Kredit: hairextensionsusa
- Pakai Topi
Tak kiralah rambut anda panjang ataupun pendek, topi merupakan aksesori yang dapat menyelamatkan penampilan anda terutama ketika mengalami ‘bad hair day’. Di samping itu, memakai topi adalah salah satu tips terbaik ketika anda melakukan aktiviti luar.Ia bukan sahaja akan menjaga rambut anda supaya tidak kusut masai, malahan melindungnya daripada sinaran matahari.Bagi melengkapkan lagi gaya anda, pilihlah warna dan rekaan topi yang nampak ‘sporty chic’.
Kredit: wellandgood
- Dandan Rambut Anda
Rambut berambut panjang dan memiliki rambut yang tebal? Gaya rambut simple jenis dandan adalah paling popular dan sesuai buat anda yang gemar bersukan.Penampilan anda bukan sahaja akan nampak lebih ‘chic’, malah anda juga tidak akan penat untuk terus merapikan rambut. Anda boleh melompat atau berlari dengan selesa dengan gaya rambut tersebut.
Kredit: funfx
- Pakai Bandana
Jangan biarkan poni atau rambut depan anda menganggu aktiviti yang sedang anda lakukan. Bawa semua rambut anda ke belakang dan pakailah bandana.Ia akan memberikan penampilan anda yang lebih segar dan nampak muda. Malahan pemakaian aksesori bandana ini juga akan menjaga peluh dari muka. Anda boleh juga memakai bandana ataupun headband ini dengan gaya mengikat rambut ‘ekor kuda’ yang tinggi. Pilihlah bandana yang sesuai dengan bentuk wajah serta yang menjadi warna kegemaran anda.
<< Ketahui cara menyuburkan rambut di sini.
No Comment