4 Senaman Ringkas Untuk Langsing
4 Senaman Ringkas Untuk Bentuk Badan Langsing
Senaman ringkas ialah pergerakan badan yang dilakukan secara berulang-kali secara terancang dan berstruktur bertujuan untuk meningkatkan atau mengekalkan satu atau lebih komponen kecergasan fizikal. Senaman juga melibatkan penggunaan dan pengeluaran tenaga yang banyak.
Jumlah minima aktiviti fizikal yang perlu dilakukan untuk mendapat faedah kesihatan yang dikehendak ialah dengan melakukan aktiviti yang sederhana kuatnya atau intensiti, sekurang-kurangnya 30 minit sehari.
Faedah senaman dan aktiviti fizikal banyak. Kesannya merangkumi bukan sahaja dari segi fizikal bahkan juga psikologi dan emosi.
Antara senaman ringkas di gym yang mampu memberi kesan baik pada tubuh badan:
1. Berjalan
– Boleh dilakukan sama ada menggunakan treadmill atau berjalan kaki di mana mana sahaja. Untuk permulaan, lakukan dalam sepuluh minit dahulu. Tambah beberapa minit setiap perjalanan seterusnya sehingga mencapai sekurang-kurangnya 30 minit perjalanan.
Ringkas dan senang. Berjalan setiap hari pada kelajuan sederhana dengan lengan yang dihayun dengan sengaja akan menambah pembakaran lemak yang jelas dan pembentukan otot hasil daripada rutin latihan yang dilakukan .
Berjalan adalah satu aktiviti yang tidak memerlukan tenaga yang banyak tapi kesannya adalah besar untuk kesihatan tubuh badan kita.
2. Mencangkung
Ya, tidak dinafikan perbuatan mencangkung adalah agak menyakitkan untuk dilakukan terutamanya pada peringkat permulaan.Caranya adalah jarakkan kedua-dua kaki seluas bahu anda.
Bengkokkan lutut dan rendahkan badan perlahan-lahan seperti orang duduk di atas kerusi.Pastikan kedua-dua lutut tidak melebihi kaki anda. Pastikan juga tulang belakang anda lurus dan tidak membongkok
3. PUSH UP
Senaman ringkas paling tidak disukai kan ? Walaupun nampak susah, tetapi push up boleh juga dilakukan dengan cara mudah. Tidak perlu cuba jadi macam atlet siap push up guna sebelah tangan, buat sebagaimana yang anda mampu.
Buat dengan lutut, berbanding luruskan kaki. Buat menegak menghadap dinding. Sesuai untuk meningkatkan kekuatan tangan, juga menguatkan bahagian sekitar dada
4. Jumping jack/lompat bintang
Ini paling seronok, boleh ingat kembali memori zaman kanak-kanak. Lagipun siapa yang tidak pernah main lompat bintang kan?.Jangan pelik, jumping jack adalah salah satu senaman kardio yang hebat, juga boleh jadi warm up juga.
Warp up (pemanasan badan) diperlukan semasa ingin melakukan apa apa jenis senaman supaya otot kita meregang dari terkena kejutan regangan semasa melakukan aktiviti bersenam.
Kesimpulan
Bersenam adalah aktiviti yang sangat bermanfaat untuk tubuh badan kita.Apabila kita bersenam badan kita mengeluarkan peluh yang banyak.Segala toksin dalam peluh yang tidak sihat dapat di keluarkan melalui cara bersukan.
Terdapat banyak lagi teknik bersenam yang mudah untuk kita amalkan.Bersenam juga dapat menghindarkan kita dari terkena penyakit seperti obesiti yang makin menular dalam kalangan masyarakat Malaysia sekarang.
Kredit foto to www.flonthego.com
<< Kenali tips diet seimbang untuk anda , klik sini untuk info lanjut
No Comment