Ada Apa?X-Tra

4 Cara Terbaik Buang Minyak Masak Terpakai

minyak-masak-terbuang-wom-my

Minyak Masak Terpakai. Tentu sahaja di antara kita pernah bingung bagaimana mahu membuang minyak masak terpakai atau minyak yang sudah digunakan dengan cara yang betul.

Membuang lebihan minyak masak terpakai dan sisa-sisa makanan di dalam sinki atau sistem pembentungan, bukanlah cara yang bijak. Minyak tersebut akan menyumbatkan saluran air serta merosakkan paip pembetungan.

Ramai di antara kita yang beranggapan, menuang air panas ke dalam lebihan minyak masak untuk mencairkannya adalah cara yang terbaik, sebelum dibuang ke dalam sinki. Sedangkan ia akan membeku kerana keadaan di bawah tanah yang sejuk.

Lama-kelamaan, paip pembetungan yang diselenggarakan oleh Indah Water Konsortium Sdn. Bhd. (IWK) ini akan tersumbat dan menyebabkan pengaliran balik air sisa kumbahan. Sekiranya lebihan minyak masak tersebut mengalir ke loji olahan kumbahan, air kumbahan tidak dapat dirawat dengan sempurna.

Jadi, ke mana dan bagaimana sebaiknya kita membuang sisa-sisa minyak terpakai tersebut supaya tidak mencemarkan persekitaran?

 

Berikut adalah tips-tips yang boleh anda terapkan:

1. Biarkan lebihan minyak masak terpakai menjadi sejuk terlebih dulu. Jika lebihan minyak tersebut tidak terlalu banyak, sapukan saja tisu ke permukaan penggorengan yang berminyak untuk menyerap lemaknya.

 

2. Anda boleh juga menuang lebihan minyak masak terpakai itu ke dalam bekas plastik yang boleh dikitar semula. Tutup rapat-rapat dan setelah itu, baru buang ke tempat sampah.

 

3. Kurangkan penggunaan minyak untuk memasak.Lagipun,daripada sudut kesihatan terlalu banyak atau sering mengambil makanan yang bergoreng juga tidak elok.

 

4. Gunakan alat memasak yang jimat minyak. Meskipun anda penggemar makanan bergoreng, anda tidak perlu susah hati. Anda masih boleh menikmati makanan kegemaran anda, tetapi pastikan anda menggunakan alatan memasak yang jimat minyak atau anda langsung tidak perlukan minyak sama sekali untuk menggoreng.

 

5. Berita baik! Jika sebelum ini minyak masak terpakai dibuang begitu sahaja, tetapi sekarang anda boleh kumpulkannya di dalam bekas dan menjualnya. Minyak masak terpakai boleh dijadikan bahan campuran untuk membuat bahan bakar biodiesel.

Daripada membuangnya sembarangan sehingga mencemarkan persekitaran, lebih baik kita kumpulkan lebihan minyak tersebut dan menjualnya.Boleh juga dijadikan duit poket.

Tambahan pula sekarang ini banyak program kitar semula minyak masak terpakai kepada biodiesel yang telah dilancarkan oleh pihak-pihak berwajib. Jadi, jangan lepaskan peluang untuk sama-sama menyertainya.

<< Cara mudah membayar bil pembentungan IWK

 

 

 

 

 

 

 

 

Previous post

7 Cara Menaikkan Nafsu Perempuan

Next post

Ketahui Punca Sebenar Kulit Muka Anda Berminyak

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *