Apa Sebab Gaji Tak Pernah Cukup?Jom, Selidik!
Gaji Tak Cukup. Artikel tips elak gaji tak cukup ini akan menerangkan teknik bagaimana anda hendak mencapai kewangan maksimum.
Simptom gaji tak cukup sering dikaitkan dengan pengurusan wang, iaitu bagaimana cara kita menguruskan wang. Setiap orang pasti inginkan keberkatan terhadap gaji yang dinikmati hasil daripada usaha dan penat lelahnya.Tak kiralah banyak atau kecil gaji yang diperoleh dan itu bukan persoalannya.
Ada rakan yang berpendapatan kecil, namun mampu hidup bahagia serta mempunyai anak-anak yang berjaya dalam pelajaran dan pekerjaan.Ada juga orang yang kaya, tetapi tidak dapat menguruskan duit mereka dengan bijak dan sanggup habiskan duit ke arah yang tidak mendatangkan apa apa hasil.
Di sini ada beberapa tips untuk di kongsikan bersama tentang bagaimana anda menguruskan soal kewangan untuk mengecapi kebahagian hidup di zaman penuh cabaran ini.
4 TIPS MENCAPAI KEWANGAN MAKSIMUM
1. Jangan Bandingkan Diri Dengan Orang Lain
Melihat rakan baik atau saudara kita memiliki telefon bimbit yang canggih dan dapat pergi melancong ke luar negara bersama keluarga pada setiap tahun, menyebabkan anda merasakan ingin merasa apa yang mereka dapat. Sedangkan pada hakikatnya, kemampuan kita tidak boleh mencapai sehingga seperti mereka.
Biarpun kita mempunyai sumber pendapatan dan kewangan yang sama, tetapi corak kehidupan dan faktor pandangan kita tidak pernah sama. Berhenti sikap dari membuat perbandingan dengan seseorang yang lain sebelum kita menyesal kemudian hari.
Baca Juga: Cara Hidup Sederhana Dan Sihat
2. Belajar Menghargai Apa Yang Ada
Umpamanya jika anda mempunyai sebuah kuali masak yang kecik untuk memasak, anda tidak mampu untuk memasak dalam kuantiti yang banyak kerana ruangnya yang terhad.Masakan yang tidak banyak ini membuatkan kita merasakan ia seolah-olah tidak cukup dengan keperluan kita. Kuali yang kecil ini tidak mungkin dipenuhi seandainya telah mencapai tahap tertentu iaitu dengan apa yang anda miliki. Jadi belajarlah secara rasional untuk menghargai apa yang kita miliki dan usah di kejar apa yang tidak mungkin kita perolehi.
Baca Juga: Tips Gaya Hidup Sihat
3. Buat Penilaian Yang Bijak
Penilaian seseorang terhadap corak kehidupan sememangnya berbeza antara satu sama lain. Mengawal perbelanjaan bukan bermakna kita perlu mengurangkan apa yang kita miliki secara keseluruhan. Lihat hanya perkara yang menjadi keperluan asas kita sahaja.Contohnya, jika anda pergi membeli-belah di pasar raya, pastikan anda menyediakan senarai barangan keperluan yang hendak dibeli sahaja dahulu sebelum pergi. Jangan membeli barangan lain selain dalam senarai keperluan anda.
Baca juga: Cara Berjimat Cermat Yang Tepat
Belajarlah untuk mencari cara lain bagi mengantikan sesuatu yang ingin kita miliki. Misalnya, anda inginkan sebuah kereta untuk memudahkan anda berulang-alik ke pejabat. Impian anda semestinya untuk memiliki sebuah kereta berkuasa tinggi bernama Volkwagen.
Oleh itu, cari alternatif lain bagi menggantikan jenama Volkwagen mengikut kesesuaian taraf hidup anda. Memilih kereta berkuasa 850cc dengan harga yang rendah seperti kereta Perodua Axia. Bukankah pilihan ini lebih baik biarpun ia tidak seperti anda impikan.
Tujuan anda memiliki kereta hanyalah untuk memudahkan anda pergi ke pejabat. Ibarat kata pepatah ukuran baju badan sendiri dari kita menyesal untuk membayar duit kereta yang tinggi semata mata untuk penuhi impian kita yang menyusahkan diri.
Baca Juga: Kehebatan Perodua Axia
Kesimpulan
Sebelum mengenal pasti cara penyelesaian lain, terlebih dahulu kita haruslah mengenal pasti corak kehidupan kita terlebih dahulu. Corak kehidupan adalah pengaruh yang besar dalam menentukan cara berbelanja kita. Perlu diingat, biar setinggi mana pun gaji kita terima, jika tidak pandai menguruskanya kita pasti akan menemui kegagalan.
Harap-harap selepas ini anda akan lebih berjimat cermat dalam melakukan pembelian dan buat sedikit simpanan untuk masa hadapan. SHARE artikel ini dengan kawan-kawan yang mempunyai masalah kewangan, secara tak langsung anda telah membantunya mencari jalan keluar.
<< Jom baca entri 8 teknik urus wang selepas kahwin
4 Comments
bagus tips ni…boleh digunakan 🙂
tq farid laham atas komen yang diberikan. Semoga post ini memberi manfaat kepada pembaca.. Jika anda berminat dengan post ini like and share kepada rakan-rakan anda.. 😉
Tips yang berguna terutamanya bagi golongan yang terjejas dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu ni. Izinkan saya tambah, untuk menguruskan kewangan dengan lebih baik, terdapat 2 cara iaitu dengan cara mengurangkan perbelanjaan, dan lagi satu menambahkan pendapatan. Carilah sumber pendapatan alternatif untuk meringankan lagi beban hidup.
Tq Hanif bin Abdul Bahar atas komen yang diberikan. Harap anda para pembaca mendapat maklumat tambahan dari maklumat ini..