FamiliPerkahwinanSuami Isteri

5 Cara Mudah Pikat Hati Suami

Cara pikat hati suami anda -women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Cara Pikat Hati Suami.Adakah anda seorang isteri yang sayangkan suami? Jadi, anda perlu tahu 5 cara pikat suami anda!

Tahukah anda cinta sejati itu harus disemai, jika tidak ia akan makin pupus. Sebagai seorang isteri sememangnya di umrahkan 1001 keistimewaan yang membolehkan anda memikat suami.

Jangan menunggu si suami bertindak,kadangkala lelaki inginkan si isteri memikat hatinya juga. Usah bersikap optimis, jadi gunakan kuasa anda untuk membuatkan si suami merasai cinta anda. Secara tidak langsung, dia akan bertambah cinta terhadap anda.

1. Fahami Sifat Sikap Suami

  • Fahami sikap dan tabiat si suami tetapi cuba sesuaikan diri anda selagi ianya tidak berlawanan dengan tuntutan agama.
  • Menghormati dan memahami kehendaknya dengan cara mengiakan setiap keputusannya. Jika anda ingin membantah, si isteri perlu berlembut dalam pertuturan.
  • Menunjukkan rasa gembira ketika bersama, jika si isteri tidak menyukai sesuatu. Berbincanglah dengan suami, jika berasa takut atau segan, si isteri boleh menulis surat kepada si suami.

 

 

Baca Juga: Titik Ghairah Lelaki

 

 

2. Berkelakuan Baik Terhadap Suami

  • Menjaga maruah si suami dengan cara tidak bercerita kepada orang lain tentang hal rumahtangga anda. Jika suami mengetahuinya ini akan mencalar maruahnya sebagai lelaki.
  • Ikhlas dalam perhubungan kerana si suami inginkan si isteri yang jujur dan tidak menyimpan rahsia.

 

 

Baca Juga: Tips Menjadi Pasangan Serasi

 

 

3. Bersederhana Dalam Berbelanja

  • Jangan membebankan si suami dengan meminta barang-barang yang di luar kemampuan suami.
  • Bersikap sopan santun, berlemah lembut dan juga berpakaian sopan jika keluar berjalan-jalan dengan suami. Ini kerana selepas berkahwin sifat cemburu suami semakin meningkat.
  • Isteri yang bijak berbelanja dan pandai menguruskan kewangan akan lebih disayangi suami.

 

 

Baca Juga: Cara Pengurusan Wang Yang Bijak

 

 

4. Sentiasa Cantik Untuk Suami Anda

  • Bersolek dan memakai wangi-wangian untuk menyambut kepulangan suami. Sambutlah dengan senyuman dan ceria.
  • Walaupun si suami tidak merungut, kerana ingin menjaga hati si isteri. Tetapi, fitrah semulajadi suami ingin melihat kecantikan si isteri walau di rumah sekalipun.

 

 

Mesti Cuba: Cara Mekap Simple

 

 

5. Memasak Lauk Kegemaran Suami

  • Anda juga boleh memasak lauk kegemaran suami anda supaya anda boleh pikat hati suami anda. Untuk pengetahuan si isteri, kebanyakkan lelaki sukakan isteri yang pandai memasak dan mengemas rumah.
  • Oleh itu, jika anda mempunyai ciri-ciri ini maka mudahlah anda pikat hati suami anda dengan hanya memasak lauk kegemarannya.

Mesti Cuba: Resepi Nasi Tomato

 

Nota Kaki: Semoga hubungan rumahtangga anda dan suami kekal sepanjang hayat. Antara kunci rumah tangga bahagia juga adalah kerana sentiasa bertolak ansur antara satu sama lain dan percaya kepada pasangan masing-masing. SHARE artikel ini ya!

<< Teknik berkesan memujuk suami merajuk

Previous post

Resepi Bubur Jagung Manis

Next post

10 Cara Paling Efektif Mengatasi Kulit Kusam & Kering

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *