4 Tips Percuma Merangsang Minda Anak
Kredit Foto: Mindful Abundance
Merangsang Minda Anak.Anda tidak perlu menjadi pakar dalam perkembangan bayi anda.
Bahkan sebagai ibu bapa, sebenarnya tidak perlu khuatir tentang rangsangan yang perlu diberikan untuk minda anak kerana pada asasnya bayi lahir lengkap dengan naluri untuk mencari maklumat baru. Tanpa disedari, ketika anda berinteraksi dengannya, anda sedang mengajarnya secara semulajadi.
Ketika anda sedang membelainya, menyanyi dan berbual dengannya, anda sedang mengajarnya tentang pelbagai perkara.
Jom lihat kaedah yang ibu bapa boleh jadikan panduan untuk merangsang minda anak anda.
1. Mendengarkan Muzik Klasik
- Menurut penulis The Mozart Effect,don Campbell, mendengarkan muzik klasik akan membantu daya ingatan dalam pembelajaran dan merangsang minda anak anda.
- Ibu boleh sahaja menyanyikan lagu buat anak anda sebelum tidur, semasa memakai lampin atau semasa bermain dengan anak. Secara tidak langsung, anak akan mempelajarinya.
Baca Juga: Cara Didik Anak
2. Berkomunikasi Dengan Anak
- Menurut Dr.Joan Freeman, professor School of Education, Universiti Middlesex London, dua perkara paling utama dan penting yang perlu dilakukan ialah mendengarkan dan mengajak bayi berkomunikasi dengan anda.
- Sebut sahaja benda-benda yang ada di hadapannya, jelaskan dan bandingkan dengan benda lain. Beri perhatian penuh padanya ketika sedang berbicara.
- Lakukan selama mana dan sebanyak mana yang anda boleh, tetapi biasanya sampai anak berumur 3 tahun masih menyusukan anak.
- Dalam perubatan, digalakkan penyusuan ibu sepenuhnya selama 6 bulan. Dalam islam pula, 2 tahun.
- Fakta mengatakan kanak-kanak yang disusukan badan mempunyai IQ yang tinggi, selain itu juga ia merapatkan hubungan ibu dan anak semasa didakap ke dada.
4. Bermain Dengan Anak Anda
- Ibu bapa boleh bermain permainan yang menguji minda anak seperti ‘playdough’ ia boleh jadi seperti bola, cawan atau sebagainya.
- Membawa si kecil bermain di pasir pantai dengan itu deria rasanya akan meningkat,anak boleh bermain pasir dan juga bermain air.
Baca Juga: Peranan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak Cemerlang
5. Mendengar Al-Quran Dan Berzikir
- Seperti mendengar muzik juga, apabila si kecil mendengar alunan Al-Quran ia akan membuatkan jantung si kecil menjadi normal. Apabila si kecil menangis ia akan senyap dan berada dalam keadaan tenang.
- Ibu, bapa, kakak, abang boleh mengamalkan zikir kepada bayi apabila menyusu, menidurkan bayi, bermain dengan bayi atau sebagainya. Secara tidak langsung bayi akan gembira mendengar rentak zikir yang didendangkan.
- Contoh zikir ialah Subhanallah, Alhamdulilah, Walahillah, Allahu Akhbar dan sebagainya.
Kesimpulannya, ibu bapa tidak harus mensia-siakan saat bersama dengan anak, kerana tiga tahun pertama kehidupan anak adalah masa emasnya dan masa inilah otak anak anda berkembang pesat.
Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda ya!
<< Jom ketahui cara bagaimana kurangkan marah kepada anak degil di sini
No Comment