SenamanSihat

Senaman Singkirkan Lemak Penyebab Perut Buncit

4 gaya senaman perut - women online magazine

Jom ketahui 4 gaya senaman perut untuk wanita di sini.. Baca sehingga habis dan praktikkan sekarang..

Ramai yang mungkin sedar perubahan fizikal badan mempengaruhi cara pembawakan diri seseorang apabila berdepan dengan orang ramai. Perubahan fizikal seperti ‘perut buncit’ kadang-kadang membuatkan seseorang itu berasa malu atau tidak mempunyai keyakinan diri apabila ingin menonjolkan diri di khalayak ramai.

Bukan itu sahaja, perut buncit juga merupakan tanda awal kepada pelbagai jenis penyakit berbahaya. Jadi di bawah ada beberapa teknik yang mudah untuk anda lakukan di rumah bagi mengempiskan perut.

TEKNIK 1  – Senaman Perut ( Gaya Vakum ) 

teknik 1-senaman perut-Women Online Magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

1. Berlutut di lantai seperti bentuk meja, Pindahkan berat badan anda ke lutut dan tangan (lihat gambar).

2. Pastikan belakang anda rata.

3. Tarik nafas dalam-dalam sampai perut mengembung. Tahan selama tiga saat. Kemudian hembus nafas sehingga perut menjadi kempis ke dalam dan tahan selama tiga saat.

4.Ulangi langkah di atas selama satu minit.

#Pastikan anda ada teman untuk membuat aktiviti ini supaya memastikan struktur badan anda lurus.

TEKNIK 2 – Senaman Perut ( Gaya Papan ) 

teknik 2-senaman perut-Women Online Magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

 

Meniarap, luruskan kaki anda. Angkat badan anda secara pelahan-lahan dengan menggunakan lengan. Pastikan badan kita lurus seperti papan (lihat gambar).

Tahan seberapa lama yang boleh. Tidak mengapa jika anda hanya dapat bertahan sekejap. Teruskan berlatih sehingga anda berjaya bertahan selama satu minit.

#Teknik ini memerlukan daya tahan kekuatan tangan yang kuat dari stamina anda, lakukan secara perlahan lahan bagi mengekalkan cara yang betul.

TEKNIK 3 – Senaman Perut ( Duduk Berpalang )

teknik 3-senaman perut-Women Online Magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

Duduk di atas kerusi. Pastikan badan tegak. Letak kaki di atas lantai dan pastikan peha dan betis bersudut 90 darjah. Angkat tangan dan pastikan posisi bahu adalah 90 darjah dengan lengan (lihat gambar).

Kemudian angkat kaki kanan dan bawa siku kiri ke lutut kanan. Kembali ke kedudukan asal. Kemudian angkat kaki kiri dan bawa siku kanan ke lutut kiri pula (lihat gambar). Ulangi selama satu minit.

teknik 3-senaman perut2 -Women Online Magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

#Cara ini adalah mudah dan senang dilakukan, lakukan perlahan lahan dan pastikan badan anda sentiasa  lurus dan tegak semasa dilakukan.

TEKNIK  4 –  Senaman Perut ( Kerusi Kapten ) 

teknik 4-senaman perut kerusi kapten 2

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

Duduk tegak dan letak tangan di sebelah peha anda (lihat gambar).

teknik 4-senaman perut kerusi kapten

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja)

Tarik nafas dan hembus nafas sambil mengangkat kaki ke dada (lihat gambar). Tahan selama tiga saat. Bongkokkan badan sedikit jika perlu tetapi jangan bongkok keterlaluan. Kembali ke kedudukan asal, ulangi selama satu minit.

#Teknik ini sedikit sakit di bahagian perut, pastikan seseorang memegang bahagian belakang kerusi supaya tidak terjatuh kerusi akibat menanggung berat badan anda.

KESIMPULAN

Bersenam sebanyak tiga kali seminggu dapat membantu meningkatkan kadar metabolisme dalam tubuh badan yang bagus untuk pembakaran dan pemecahan lemak.

Bersenam akan membantu menggerakkan cairan berlebihan dalam perut dan dikeluarkan dari tubuh badan sebagai peluh. Ini seterusnya akan mengekalkan bentuk badan seseorang yang sesuai dengan ketinggian dan berat badan.

<<Jom ketahui persiapan sebelum pergi ke GYM di sini..

Previous post

Resepi Biskut Pelangi

Next post

Efek Menggerikan Akibat Pil Ecstacy

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *