Wajib Baca! Bahaya Diet Atkin Buat Tubuh Manusia
Foto: Sekadar Hiasan
Atkin Diet.Jom ketahui kesan yang mengerunkan dalam amalan diet atkin.Baca dengan teliti dan fahamkan supaya anda tidak tersilap langkah!
Kini, ramai yang berebut-rebut, terutamanya golongan wanita yang inginkan tubuh badan yang ramping. Mereka impikan tubuh yang ramping untuk kepuasan diri sendiri, menjaga kesihatan dan ingin tampil cantik. Pelbagai cara yang dilakukan untuk mendapat tubuh yang ramping seperti bersukan dan memakan pil pelangsing.
Diet adalah mengawal pemakanan seharian dan mengikut kepada kuantiti kalori pada makanan yang dimakan.
Namun, pernahkah anda dengar istilah diet Atkins? Mungkin namanya asing didengar oleh khalayak ramai namun pasti ramai yang sudah mengamalkan diet ini.
Apa Itu Teknik Atkin Diet?
Teknik Atkin, ialah cara diet yang memerlukan seseorang itu menyingkirkan makanan yang berkabohidrat seperti nasi, roti, mee dan jenis makanan yang bergandum dari menu harian anda.
Malah anda disaranakan untuk memperbanyakkan makanan yang kaya dengan protein seperti ayam, daging dan ikan.
Adakah Teknik Atkin Diet Ini Berkesan?
Teknik akan berjaya jika anda terus konsisten melakukannya dan anda langsung tidak melibatkan makanan yang mempunyai kabohidrat di dalam makanan anda. Anda juga hendaklah mengikut rantaian makanan yang ditetapkan.
Jangan dilupakan untuk mengambil sedikit makanan yang mempunyai lemak untuk memberikan tenaga kepada anda dan juga membakar lemak tepu.
Baca Juga: Sarapan Rendah Kalori & Penyebab Perut Cepat Lapar
Pantang Larang Mengamalkan Atkin Diet
Bagi yang baru ingin memulakan teknik ini, mungkin sukar bagi anda untuk meninggalkan makanan ruji anda. Jadi mulakan diet anda ini dengan perlahan-lahan supaya hasilnya akan menjadi lebih konsisten dan anda tidak jemu.
Apa kata bagi yang baru ingin memulakannya, anda amalkan hanya 20 gram kabohidrat dalam sehari, iaitu daripada sayur-sayuran yang diambil. Pada sarapan pagi, anda boleh mengamalkan untuk memakan telur rebus atau telur goreng.
Pada makan tengah hari dan makan malam, perbanyakkan makanan yang kaya protein, seperti ayam, daging dan ikan. Selitkan sayur-sayuran di dalam setiap hidangan anda.
Sekali lagi ditegaskan, jangan ambil makanan yang kaya dengan kabohidrat seperti pasta, roti dan jeruk buah-buahan. Anda juga dilarang mengambil kafien dan makanan yang berkacang.
Apabila anda sudah dapat menyesuaikan cara pemakanan anda, cuba perbanyakkan sayuran dalam hidangan anda. Untuk peringkat ini anda juga dibenarkan untuk mengambil buah-buahan dan kacang sebagai hidangan sampingan anda.
Baca Juga: Cara Mengawal Nafsu Makan & Ketahui Makanan Pembakar Lemak
Impak Negatif Atkin Diet
Namun, tidak dapat dinafikan diet atkin ini juga mempunyai kesan buruknya pada tubuh badan kita. Ia juga akan menjejaskan serba sedikit tubuh badan kita. Mungkin anda akan mengalami simptom seperti:
- Nafas anda berbau
- Menjadi panas baran
- Sakit kepala
- Keletihan
- Sembelit
Baca Juga: Cara Hilangkan Bau Mulut & Cara Tundukkan Lelaki Panas Baran
Tetapi ia hanyalah kesan sampingan dan hanya untuk jangka pendek sahaja. Setakat ini, tiada lagi bukti menunjukkan seseorang itu akan mengalami penyakit yang kronik dan serius apabila melakukan diet atkin.
Jadi, diet atkin adalah salah satu diet yang terbukti berkesan untuk menurun berat badan dengan kadar yang segera dan konsisten. Pastikan anda mengikut segala petua yang diberikan supaya mendapat impak melakukan diet ini.Adakah anda sesuai dengan diet ini? Tepuk dada,tanya selera. Jaga pemakanan untuk menjamin kesihatan anda.
Nota Kaki: SHARE juga artikel ini dengan kawan-kawan anda supaya mereka akan mendapat manfaat daripadanya.
<< Jom ketahui cara bagaimana cara untuk kuruskan badan di sini..
No Comment