Fahami Apa Itu Menopause
Foto: Sekadar Hiasan
Apa Itu Menopause?Menopause adalah daripada perkataan bahasa Greek yang bermaksud ‘pemberhentian haid’.
Ia juga merupakan proses perubahan semulajadi dan disebabkan oleh perubahan dalam keseimbangan hormon seks badan.Apabila mencapai menopause, tahap estrogen berkurangan, yang menyebabkan ovari berhenti menghasilkan telur setiap bulan.Oestrogen ialah hormon seks wanita yang mengawal haid wanita. Kebanyakan wanita mengalami menopaus sekitar 45-55 tahun. Purata umur menopause berlaku adalah 52.
Menurut Presiden Menopause Malaysia (MMS), Dr Liew Fah Onn berkata, seramai 60% wanita Malaysia mungkin mengalami ‘derita dalam senyap’ sedangkan kualiti kehidupan mereka boleh dipertingkatkan menerusi bantuan sewajarnya daripada pihak professional.
Tinjauan menunjukkan bahawa lebih separuh dari wanita tidak mengetahui bahawa menopause berkait rapat dengan risiko sakit jantung, sedangkan penyakit kardiovaskular terutama sakit jantung dan strok merupakan penyebab utama kematian di Malaysia, kata beliau. (petikan dari utusan)
Baca Juga: Tanda-Tanda Penyakit Jantung & Punca Strok
Tahukah kamu bagaimana proses menopause semulajadi berlaku:
Menopause semulajadi adalah putusnya haid tanpa melakukan sebarang rawatan perubatan atau pembedahan. Bagi wanita yang menjalani menopause semulajadi, proses ini beransur-ansur dalam tiga peringkat.
1. Perimenopause (Proses Permulaan)
Biasanya bermula beberapa tahun sebelum putus haid / menopause, apabila ovari secara beransur-ansur menghasilkan estrogen yang sedikit. Proses ini akan membuatkan wanita mengalami perubahan tubuh, perasaan dan hormon.
2. Menopaus (Proses pertengahan)
Adalah masa selepas setahun atau beberapa tahun menamatkan haid, pada peringkat ini juga ovari telah berhenti menghasilkan telur dan juga estrogen.
3. Postmenopause (Proses selepas menopause)
Ini berlaku selepas tempoh menopaus dan pada peringkat ini, wanita akan mengalami simptom seperti ‘hot flashes’. Walau bagaimanapun, wanita akan mengalami kehilangan estrogen yang banyak dan boleh menyebabkan osteoporosis.
Tahukah anda, terdapat 2 jenis tanda-tanda yang akan dialami oleh wanita yang mengalami menopause, tanda-tanda jangka pendek dan juga tanda-tanda jangka panjang;
1. Tanda-tanda jangka pendek
a. Sistem Saraf
* Badan terasa panas ianya berlaku kepada 50-70% wanita
* Berpeluh pada siang hari atau malam disebabkan oleh kekurangan estrogen, berlaku gangguan kepada daya kawalan terhadap suhu badan
* Boleh menghalang tidur anda dan menganggu kerja seharian.
Baca Juga: Penyakit Susah Tidur
b. Psikologi
*Keletihan
*Mudah lupa
*Kurang daya penumpuan
*Susah hendak tidur
*Kemurungan
*Perubahan emosi
*Fahamilah situasi wanita seperti ini kerana mereka mengalami menopause, tanda-tanda sebegini membuatkan mereka mudah melenting atau perubahan mood. Bantulah mereka mengatasi proses ini.
Baca Juga: Ghairah Asmara Wanita Pra Menopause
c. Sistem Faraj
* Kulit faraj menjadi nipis dan kering
* Sakit dibahagian faraj
* Merasa sakit di bahagian faraj sesudah melakukan hubungan kelamin
* Masalah fungsi pundi kencing, mengalami penitisan air kecil semasa batuk atau selsema
* Jangkitan bakteria ‘escherichia coli’ di saluran kencing
Baca Juga: Jaga Kebersihan Vagina
d. Kulit
* Menjadikan kulit nipis dan kering
* Perubahan saiz terhadap payudara
Baca Juga: Penjagaan Payudara Yang Tepat
2. Tanda-tanda jangka panjang ialah;
*Osteoporosis (kekurangan tisu tulang yang serius)
*Serangan angin ahmar (strok)
* Penyakit elzheimer (mudah lupa)
Oleh itu, sebagai seorang wanita yang lebih banyak memainkan peranan di dalam keluarga anda perlulah mengamalkan permakanan yang sihat, diet yang seimbang dan juga pengambilan suplimen buat tubuh badan anda. Ini kerana ia akan menjaga tulang anda supaya kekal sihat.
Nota Kaki: Minta SHARE artikel ini ya. Semoga kawan-kawan anda juga mendapat manfaat setelah membacanya.
<< Nak tahu cara atasi keputihan, klik di sini..
No Comment