CantikRambut

Cara Betul Merawat Rambut Bercabang

cara merawat rambut bercabang - women online magazine

Kredit Foto: Sekadar Hiasan

Cara Merawat Rambut Bercabang.Rambut tetap mahkota buat wanita sekalipun dia memakai hijab.

 

Dengan adanya rambut, ia mampu membuatkan penampilan seseorang itu jadi bertambah menarik, tak kira wanita atau lelaki.Seringkali rambut terdedah dengan bahan kimia seperti membuat rawatan, meletakkan warna, meluruskan dan sebagainya. Apabila ini terjadi dan mengakibatkan rambut mudah bercabang.

Punca rambut menjadi cabang bukan sahaja akibat bahan kimia tetapi sinaran matahari dan juga pencemaran udara. Punca inilah yang menjadi penyebab rambut bercabang. Bagaimana untuk anda merawatnya sebelum ia merebak ke bahagian rambut yang lain dan membuatkan ia menjadi semakin rosak.

 

5 Langkah Untuk Mengatasi Rambut Bercabang:

 

1. Penggunaan Perapi Rambut

Perapi rambut digunakan selepas bersyampu bertujuan untuk melembutkan rambut dan mengurangkan kekusutan rambut.

 

Baca Juga: Punca Rambut Berbau

 

2. Rajin Merapikan Rambut

Jangan biarkan rambut terus memanjang tanpa dirapikan bahagian hujungnya. Setidaknya, setiap 6 bulan sekali rapikan bahagian hujung rambut. Selain membuat potongan rambut kembali rapi ia juga mengurangkan masalah rambut bercabang.

 

3. Penggunaan Mayonis Pada Rambut Bercabang

Mayonis bermanfaat untuk melembutkan rambut dengan cara meletakkan satu sudu besar makan mayonis pada rambut, lalu bungkus rambut anda menggunakan ‘shower cap’. Biarkan selama 10-15 minit dan bilas menggunakan syampu hingga bersih.

 

Baca Juga: Khasiat Mayonis Untuk Kecantikan

 

4. Penggunaan Sikat

Gunakan sikat yang bergigi jarang supaya dapat mengurangkan kecederaan kepada kulit kepala semasa menyikat rambut yang kusut. Dengan ini, kulit kepala anda tidak mengalami sebarang kecederaan dan rambut anda tidak mudah rosak.

 

Baca Juga: Teknik Berkesan Mengatasi Rambut Kusut

 

5.Elakkan Penggunaan Air Panas Semasa Mencuci Rambut

Sememangnya selesa menggunakan air panas untuk mandi dan mencuci rambut. Namun tahukah kamu, rambut akan kehilangan kelembapan dan mengakibatkan rambut kering serta bercabang.

 

Nota Kaki: Minta SHARE artikel ini supaya kawan-kawan anda juga boleh mendapat manfaatnya.

<< Jom ketahui cara nak atasi rambur kelemumur di sini..

Previous post

Tak Nak Merokok! Kesan Rokok Elektronik Atau Vapor Memang Menggerunkan

Next post

Bengkel “Make Me A: Blogger” Cukup Bermanfaat!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *