Petua PemakananSihat

5 Makanan Sihat Penambah Tenaga

makanan tambah tenaga - women online magazine

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Kepada anda yang mood sedang berdiet bagus juga ketahui makanan untuk tenaga badan anda.

 Dalam menjalani kehidupan seharian, ada ketikanya tubuh kita akan berasa seperti tidak bermaya dan kurang bersemangat. Perkara ini terjadi mungkin disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya stres, kurang istirahat ataupun kurangnya nutrisi di dalam tubuh.

Tetatpi, anda tak perlu bimbang kerana ada banyak cara mudah yang boleh anda praktik bagi meningkatkan kembali tenaga dan semangat anda. Salah satunya adalah dengan pengambilan makanan sihat yang sangat berguna untuk tubuh anda.

Berikut lima makanan sihat yang boleh meningkatkan engeri dan stamina anda.

1.  Makan madu asli

Makanan yang mempunyai pelbagai khasiat dan juga boleh merawat apa jua jenis penyakit.  Boleh dimakan dengan apa jenis makanan sekali pun sebagai makanan tambahan.  Untuk kesan yang lebih mujarab, amalkan setiap hari dua sudu madu dicampur dengan telur ayam separuh masak sudah cukup untuk buat anda rasai kelainannya di malam hari.

Kandungan vitamin B yang diperlukan tubuh untuk meningkatkan hormon anda dan juga boleh diambil dua sudu madu secara terus setiap hari adalah lebih baik kerana anda mendapat nutrisinya secara terus.

2. Mengamalkan pengambilan herba ginseng

Ubatan yang kerap diambil oleh masyarakat Cina ini juga boleh dijadikan salah satu amalan atau makanan tambahan kepada pasangan suami isteri kerana kandungan vitamin dan khasiatnya yang tersendiri.

Digunakan sebagai perawat masalah mati pucuk di kalangan lelaki dengan hanya meminum air yang sudah direneh dengan ginseng selama beberapa jam setiap hari.

Elemen yang penting terdapat didalam ginseng ialah ia boleh membantu menghasilkan tenaga untuk melancarkan perjalanan darah dalam sistem badan.

3.  Makan buah pisang

Penyelidikan yang telah dijalankan membuktikan dua biji pisang boleh membekalkan tenaga untuk kita melakukan kerja atau senaman berat selama 90 minit.

Pisang sangat popular di kalangan ahli sukan sebagai makanan yang memberi tenaga segera serta baik untuk sistem penghadaman.

Secara saintifiknya,  pisang mengandungi asid, enzim, dan sebatian kimia penting. Ia juga mengandungi tiga jenis gula semulajadi iaitu sukrosa , fruktosa dan glukosa.

Menurut Persatuan Pisang Antarabangsa, gula semulajadi ini amat penting untuk tumbesaran kanak- kanak  kerana ia mengandungi magnesium, fosforus,iodine, kuprum, vitamin B1, B2, B6 & C, niasin, dan folat.

4.  Minum minuman soya

Soya merupakan sumber tenaga yang sangat menakjubkan untuk tubuh kerana kandungan protein yang tinggi dapat menyokong  tahap tenaga, mengekalkan stamina serta berupaya meningkatkan pretasi sukan seseorang.

Selain itu, kandungan soya yang kaya dengan asid amino dapat menyokong otot badan dan tulang. Lebih kuat otot dan tulang kita, lebih kuat kita berupaya untuk melakukan aktiviti seharian.

5. Telur

Telur adalah makanan yang kaya dengan nutrisi seperti protein, vitamin A,vitamin B,vitamin B12, riboflavin, folic acid, calcium,iron, phosporus, dan potassium. Segala nutrisi ini bagus untuk kesihatan badan,terutamanya protein yang mampu untuk membekalkan tenaga untuk badan.

Makanlah telur yang direbus, bukan digoreng untuk menghindari lemak tepu dan juga kolestrol.

Makanan sihat boleh memberikan energi atau tenaga yang kuat secara keseluruhan. Biar sesibuk mana pun anda dengan aktiviti seharian, namun jangan lupa untuk mengambil makanan yang berzat kerana ia penting untuk memperkuatkan tubuh kita.

<< Jom ketahui khasiat epal hijau boleh kuruskan badan di sini..

Previous post

Jom, Mendaki Bukit Broga Semenyih!

Next post

Racun Berbisa Di Sebalik Nikmat Kopi Sachet

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

2 Comments

  1. hajar
    May 6, 2014 at 4:21 pm — Reply

    info yg menarik

  2. June 24, 2014 at 10:05 am — Reply

    My brother suggested I’d personally potentially like this blog site. They seemed to be entirely appropriate. This particular distribute actually produced the evening. You should not consider the amount of moment I had put together invested because of this data! Thank you!

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *