ResepiSajiSelera

Chicken Chop Black Pepper Fuh, sedap!

RESEPI CHICKEN CHOP - WOMEN ONLINE MAGAZINE

( Gambar ini hanyalah sebagai hiasan sahaja )

Anda pernah cuba resepi chicken chop ? Hari ini admin nak kongsikan resepi chicken chop cara mudah untuk di masak.

Selain rasa dagingnya sedap, ayam juga memberikan khasiat positif kepada kesihatan sesiapa yang memakannya. Daging ayam mengandungi protein tinggi, serta vitamin dan mineral.  Makan daging ayam juga dikatakan dapat membantu menurunkan berat badan, mengawal kadar kolestrol, tekanan darah, meredakan stres serta mengurangi risiko kanser.

Bagi anda yang mahu mengekarkan tubuh atau membina otot, pilihlah daging ayam tanpa lemak. Kandungan proteinnya lebih banyak dan pastikan anda memasak daging tersebut dengan teknik merebus.

Bahan-bahan Chicken Chop:

4 keping dada ayam tanpa tulang

1/2 kiub ayam

2 sudu besar sos tiram dan kicap manis

3 ulas bawang putih (tumbuk kasar)

1cm halia (tumbuk kasar)

Lada hitam, lada sulah dan satu sudu kecil olive oil

Cara-cara Chicken Chop:

  1. Bersih ayam dan lap dengan kitchen towel.
  2. Cucuk sedikit bahagian yang ada isi dengan garfu supaya bahan perapan meresap ke dalam ayam.
  3. Lumurkan kepingan ayam dengan kiub ayam lada hitam dan lada sulah
  4. Gaulkan pula dengan sos tiram dan kicap manis.
  5. Akhir sekali gaulkan daging dengan bahan tumbuk.
  6. Letakkan sedikit olive oil supaya daging tak kering
  7. Perap daging paling kurang selama 1 jam. Tapi lagi enak jika ayam diperap semalaman supaya segala bahan perapan meresap ke dalam daging.
  8. Bakar daging sehingga masak, gunakan api kecil supaya daging masak sekata dan tidak hangus

Bahan-Bahan Mashed Potato:

3 biji kentang besar

2 sudu besar mentega

1/4 cawan susu segar

Cara-cara Mashed Potato :

Kupas kentang dan potong dadu (supaya cepat embuk dan mempercepatkak proses melenyek)

Rebus kentang sehingga empuk (masukkan sedikit garam supaya ada rasa)

Bila empuk, toskan air dan terus lenyek kentang dalam keadaan kentang masih panas

Masukkan susu segar (sedikit demi sedikit) dan mentega. Gaul rata.

Sesuaikan rasa (tambah garam, jika tak cukup masin, lada sulah dan lada hitam)

Bahan-Bahan Sos Black Pepper:

1 labu bawang besar holland kuning dicincang halus

4 sudu besar tepung gandum

1 kiub ayam

2 sudu besar sos tiram dan kicap manis

4 sb sos lada hitam dan 2 sudu besar lada hitam ditumbuk kasar

3 cawan air (atau lebih)

Sedikit oregano

2 sudu besar mentega

Cara-Cara Sos Black Pepper:

  1. Cairkan mentega ke dalam periuk (sauce pan), tumis bawang besar hingga layu dan wangi (jangan sampai garing)
  2. Masukkan lada hitam yang ditumbuk kasar, tumis sekejap.
  3. Masukkan tepung gandum (tidak perlu dibancuh dengan air) kacau selalu supaya tidak bergentel.
  4. Masukkan air dan kacau sebati (guna hand whisk lagi senang nak kacau). Masukkan kiub ayam.
  5. Masukkan sos lada hitam,sos tiram dan kicap. Kacau sebati.dan kalau kuah anda pekat sangat tambah sedikit air. Masukkan oregano dan renehkan sebentar
  6. Tambah perasa jika kurang dan hidangkan bersama mashed potato dan juga chicken chop.

<< Jom cuba pula nasi goreng udang, pasti mantop, klik di sini untuk ke laman seterusnya..

Previous post

Adab Seorang Anak Terhadap Ibu Bapa

Next post

Raikan Hari Ibu Dengan Penuh Kasih Sayang

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *