ProblemSihat

5 Khasiat Lobak Merah

lobak merah atasi masalah rabun - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Khasiat Lobak Merah.Lobak merah merupakan sayur yang mempunyai banyak khasiat. Jom kita dalami apa khasiat lobak merah kepada kesihatan anda.

Lobak merah mengandungi beta carotene, vitamin B dan C , alpha carotene, klasium, dan potasium . Ia adalah baik untuk menguatkan sistem pertahanan badan untuk melawan peyakit. Selain itu juga meningkatkan pertumbuhan sel-sel- baru dan membuang toxic dalam badan .

Jus lobak merah boleh dijadikan sebagai minuman dan digunakan untuk membaiki keadaan kulit kita. Lobak merah berupaya mengurangkan masalah sakit jantung , diarrhea , dan juga mengatasi selsema iaitu dengan membentuk antibodi dalam badan

ANTARA KHASIATNYA:

1. ELOK UNTUK PEROKOK TEGAR

Bagi perokok tegar, kandungan minyak atrisi, rafanol dan rafarin dari lobak dapat meneutralkan racun rokok. Untuk mengatasi rasa sesak atau penyakit paru-paru akibat terlalu banyak merokok, boleh gunakan perahan air lobak.Minumlah air perahan lobak sekali setiap bulan.

Atau bagi remaja yang malas untuk buat jus, lobak ini boleh dibuat salad atau ulam-ulaman sewaktu menikmati hidangan makan tengahari ataupun malam.

 

Baca Juga: Kebaikan Air Suam

 

2. MENGANDUNGI VITAMIN A

Lobak merah mengandungi vitamin A dalam bentuk beta-karotena. Minum jus lobak merah boleh membantu mengekalkan visi yang baik, meningkatkan imuniti badan, mengeluarkan indigestible gentian, membantu dalam pencegahan kanser, penyakit jantung dan angin ahmar.

 

3. UNTUK PELANSINGAN BADAN

Lobak juga dapat digunakan untuk pelangsingan. Ia dapat membantu mengurangkan nafsu makan kerana mengandungi enzim yang melancarkan pencernaan dan menghalang pengumpulan lemak dalam tubuh badan.

Lobak adalah pilihan yang tepat bagi anda yang ingin menurunkan berat badan.Selain kaya potassium,lobak juga mengandung vitamin B6 dan vitamin C. Serat yang banyak terkandung dalam  sayuran ini akan membuat anda kenyang lebih lama.

 

4. BAIK UNTUK KULIT

Memakan lobak secara rutin dipercayai dapat menghaluskan kulit. Vitamin C yang terkandung di dalam lobak berkhasiat sebagai antioksidan.Lobak juga mengandung banyak air sehingga baik untuk memenuhi kadar hidrasi tubuh.

Lobak sangat baik untuk kulit kerana mempunyai Vitamin A dan antioksidan yang akan melindungi kulit daripada sinaran matahari. Lobak menghalang jerawat, kulit kering, kedutan pra-matang dan membantu anda untuk mendapatkan kulit yang lebih cerah.

Kandungan zat besinya pula meningkatkan jumlah sel darah yang dapat membantu mencerahkan kulit. Kelebihan ini amat baik bagi mereka yang menghidap anemia, atau yang sering merasa letih.

 

5. BAIK UNTUK KESIHATAN MATA

Beta karoten yang sering dihubungkan dengan sayuran berwarna kuning atau jingga ini boleh membantu meningkatkan kesihatan mata

Selain itu, lobak merah juga kaya dengan serat, antioksidan dan pelbagai mineral berkhasiat. Kekurangan vitamin A mampu menyebabkan masalah penglihatan yang kabur terutama di waktu malam. Vitamin A amat diperlukan tubuh dalam menjalankan fungsi mata, terutama untuk menyesuaikan diri dengan kegelapan.

 

Baca Juga: Cara Menghilangkan Lingkaran Hitam Bawah Mata

 

Salah satu cara untuk mencegah kerosakan pada kornea mata adalah dengan kerap memakan lobak merah atau memasukkan beta karoten ke dalam makanan yang anda ambil.
Jangan lupa SHARE artikel ini ya.

<< Tahukah anda mengenai bahaya kopi sachet, klik di sini untuk maklumat lanjut.

Previous post

5 Cara Mudah Hapuskan Jerawat Pasir Di Wajah

Next post

Tuala Wanita Buat Vagina Gatal Dan Melecet

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

1 Comment

  1. May 16, 2015 at 5:17 pm — Reply

    Suka karoy sgt2. .. artikel ini membuatkn sy semangt nk mkn karot hari2. ..

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *