Resepi Kek Buah Masam Manis
Kredit Foto: Sekadar Hiasan
Resepi Kek Buah. Adakah anda berminat hendak mencuba pula resepi kek buah? Chef WOM.my sedia membantu.
Buah-buahan adalah salah satu sumber nutrient dan energi yang baik untuk tubuh. Buah juga merupakan salah satu pengganti untuk menurunkan kadar lemak dan manis pada kuih-muih.
Jika anda suka menikmati buah-buahan, cubalah resepi kek buah-buahan ini. Cara menyediakannya pun tidak susah, cuma bagi anda yang masih baru nak berjinak-jinak, perlu bersabar dan bertenang sedikit.
Mungkin anda masih canggung atau belum terbiasa, tetapi jangan bimbang, kek yang sedap ini pasti menjadi! Selamat Mencuba!
Dapatkan Juga: Resepi Kek Tiramisu
Bahan-Bahan untuk membuat Resepi Kek Buah adalah seperti berikut:
- 500gm tepung gandum (diayak terlebih dahulu)
- 500gm gula
- 500gm mentega
- 500gm buah-buahan campuran
- 1 sudu kecil jus sunquick (digaul bersama buah-buahan campuran)
- 1 sudu kecil esen vanilla
Cara Membuat Resepi Kek Buah adalah :
1. Gula dan mentega dipukul sehingga kembang.
2. Masukkan telur satu demi satu. Kacau hingga pekat.
3. Kemudian masukkan tepung gandum kacau sehala hingga rata.
4. Selepas itu barulah masukkan buah-buahan campuran dan esen vanilla.
5. Gaul hingga sebati dan tuangkan adunan ke dalam Loyang dan bakar hingga masak lebih kurang 1 ½ jam.
6. Setelah kek masak, biarkan sejuk di atas redai dawai.
7. Untuk lebih sedap dinikmati, sebaiknya simpan kek ini di dalam peti sejuk.Dengan cara ini kek akan menjadi bertambah ‘moist’.
Dapatkan Juga: Resepi Kek Coklat Moist
Nota Kaki: Itu sahaja yang kami dapat kongsikan di Laman informasi Wanita Terkini . Diharap anda teruskan bersama setiap hari membaca post-post terkini dari kami. Jika anda ada idea atau resepi untuk di kongsikan, sila hantarkan maklumat anda di borang hubungi.
<< Jom dapatkan resepi rendang kerang di halaman berikutnya di sini..
No Comment