Resepi Biskut Coklat Hazelnut
Adakah anda sedang mencari-cari resepi untuk biskut raya? Jom cuba Resepi Biskut Coklat Hazelnut di sukai ..
Kacang hazel adalah antara kekacang yang menjadi pilihan dan kesukaan ramai dalam pembuatan biskut dan coklat. Ia bukan sahaja enak untuk dinikmati, malahan turut memberikan khasiat pada tubuh.
Kacang hazel ini kaya dengan vitamin E, efektif untuk membantu sistem peranakan, bagus untuk otot jantung, berupaya mencegah anemia dan kanser.
Selain itu, pengambilan kacang hazel ini juga baik bagi membantu kelancaran sistem penghadaman. Antara nutrisi yang dibekalkan oleh kacang hazel ialah ‘thiamin’, ‘magnesium’, ‘beta sitosterol’ dan ‘phytosterol’.
Bagi penggemar coklat, jom kita cuba resepi Biskut Coklat Hazelnut yang sedap ini. Bahan-bahan yang diperlukan serta cara membuatnya sangat senang. Semudah A.B.C!
Bahan-bahan Resepi Biskut Coklat Hazelnut adalah:
250gm Coklat Compound Gelap
50gm serbuk kacang hazel
Kacang hazel secukupnya (dipanggang seketika)
Untuk hiasan: 50gm Coklat Putih-dicairkan
Cara Membuat Resepi Biskut Coklat Hazelnut ialah:
- Cairkan coklat putih secara ‘double boil’.
- Kemudian masukkan ke dalam ‘piping bag’. Picit sedikit ke dalam acuan dan biarkan keras terlebih dahulu.
- Cairkan pula coklat gelap secara ‘double boil’. Masukan kacang hazel, kacau hingga sebati.
- Masukan coklat ke dalam ‘piping bag’ dan picit ke dalam acuan hingga hampir penuh.
- Letakkan sebiji kacang hazel dan tekan ke dalam coklat tersebut.
- Kemudian simpan di dalam peti sejuk 15-20 minit (biar coklat tersebut keras).
<< Jom cuba pula resepi kek buah di sini..
2 Comments
Saya gembira menjadi ahli WOM thanks.
tqvm dan teruskan setia bersama WOM.my