CantikDietSihat

5 Tips Ketika Hamil Untuk Dapatkan Berat Badan Ideal

tips ketika hamil - women online magazine

Foto: Sekadar Hiasan

Tips Ketika Hamil. Adakah anda berminat untuk dapatkan Tips Ketika Hamil Untuk Dapatkan Berat Badan Ideal? Baca artikel ini sampai habis!

Untuk menjaga berat badan ideal ketika hamil atau mengandung, penting bagi anda memberikan perhatian pada pola pemakanan anda.

Semak beberapa petua dan tips ketika hamil untuk dapatkan berat badan ideal ini. Anda harus ingat,selain mengawal jumlah makanan yang dimakan, anda juga disarankan tidak mengambil semua jenis makanan daging mentah, makanan dengan bahan pengawet, ada MSG serta makanan yang terlalu manis.

Bagi memenuhi keperluan zat bayi dalam kandungan, anda hanya perlu menambah 300 kalori daripada keperluan kalori wanita dewasa normal, iaitu 1800 kalori sehingga keperluannya menjadi 2,100 kalori.

Biasanya, berat badan anda akan turun dengan drastik dalam tiga bulan pertama setelah melahirkan. Perlahan dan secara berperingkat berat badan anda akan terus turun hingga enam bulan setelah melahirkan. Jadi, anda tidak perlulah nak rasa bimbang menghadapi kenaikan berat badan ketika kehamilan.

Namun, berat badan yang naik berlebihan tidak bagus. Boleh meningkatkan risiko gangguan kesihatan anda dan juga bayi anda.

Untuk mendapatkan berat badan yang ideal, berikut adalah petua dan tips ketika hamil yang harus anda praktik serta berikan perhatian.

1.    Harus Makan Secara Teratur & Seimbang

Memasuki  trimester kedua biasanya tiada lagi rasa mual dan muntah sehingga ada nafsu makan para ibu hamil cenderung bertambah.  Perhatikan pola pemakanan iaitu makan tiga kali sehari  secara teratur dengan jumlah yang sesuai dengan keperluan pada waktu yang sama pada setiap hari, dengan keperluaan seimbang daripada sumber yang bervariasi.

Masukkan unsur makanan yang mengandungi karbohidrat, protein,lemak serta buah-buahan dan sayur-sayuran yang mengandungi mikromineral vitamin, mineral serta serat. Jangan lupa minum air putih secukupnya.

Ketika hamil, anda tidak boleh berada dalam kelaparan atau kehausan. Namun, jangan ‘mengunyah’ secara berlebihan. Kudapan adalah pelengkap total kalori yang diperlukan oleh tubuh anda. Hindari untuk melakukan diet ketat, kerana janin tetap memerlukan kandungan zat yang lengkap untuk pertumbuhannya.

 

Baca Juga: Kehamilan Luar Rahim

 

2.    Hindari Makan ‘Cepat-Cepat’

Kunyah banyak-banyak kali! Itu adalah lebih baik kerana apabila anda makan dalam keadaan tergesa-gesa atau nak cepat, gula darah akan meningkat –berbahaya bagi ibu hamil.

Peningkatan terjadi ketika sumber karbohidrat yang anda ambil sudah diserap oleh usus dan masuk ke dalam perjalanan darah. Kadar gula normal akan membuatkan anda berasa kenyang. Makan dengan cepat tanpa dikunyah juga akan membuatkan anda menghabiskan makanan dengan banyak.

 

3.    Makanan Sampingan Yang Sihat

Singkirkan jajan sepert kerepek kentang yang selama ini menjadi sahabat karib anda. Ia mengandungi kalori dan kandungan garam  yang tinggi. Sebaiknya, anda makan buah-buahan, coklat, susu atau yoghurt. Buah-buahan adalah makanan sampingan yang sihat kerana mengandungi banyak serat dan rendah lemak.

Coklat adalah sumber antioksidan, apatah lagi ‘dark chocolate’ yang tidak mengandungi kalori. Manakala susu dan yoghurt mengandungi kalsium yang membantu untuk pertumbuhan tulang janin.

 

4.    “Makan Untuk Dua Orang”

“Mengandung bermakna makan untuk dua orang”. Ayat ini seolah-olah menggalakkan anda untuk makan dengan bebas serta dalam jumlah yang banyak! Jangan terpedaya! Meskipun dalam perut anda ada makhluk hidup lain, bukan bermakna anda harus makan dengan sebanyak-banyaknya.Cara seperti ini boleh menyebabkan anda kelebihan berat badan.

“Makan untuk dua orang”, sebenarnya menyuruh anda menitikberatkan soal menjaga pola pemakanan. Perhatikan keperluannya dan bukan bermakna jumlah makanan yang anda harus ambil itu berlipat-lipat kali ganda!

 

Baca Juga: Menu Sarapan Terbaik

 

5.    Timbang Berat Badan Setiap Minggu

Sebagai ibu hamil, anda perlu timbang dan catat berat banda anda minimum satu minggu sekali. Dengan mengawal berat badan, akan mempermudahkan hasrat anda untuk mengembalikan berat badan anda ke posisi ideal setelah melahirkan nanti.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya!

<< Jom dapatkan ketahui 8 makanan yang boleh mengemukkan anda di sini..

Previous post

5 Cara Mendidik Anak Yang Nakal

Next post

7 Sebab Kenapa Anda Elok Makan Ikan Sardin

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *