Gaya HidupOh! LelakiRomantika

6 Alasan Kuat Mengapa Lelaki Curang!

alasan lelaki curang - women online magazine

Kredit Foto: Salud180

Lelaki Curang. Si dia yang kamu sayangi adalah lelaki curang? Sejauh mana kebenarannya…

Cubalah anda ingat-ingatkan kembali, sepanjang anda menjalinkan hubungan dengan si dia, sudah berapa kalikah anda dibohonginya semata-mata dia mahu mendapatkan kelonggaran waktu untuk bersama wanita lain?

Sekali, dua kali, atau lebih? Sehebat dan sekerap manakah pembohongan tersebut sehingga anda masih sedia memberikan kemaafan kepada lelaki curang sepertinya itu?

Anda harus sedar, bahawa ketika seseorang lelaki itu berlaku curang, ini bermakna dia merasakan hidupnya sudah tidak bahagia lagi. Sungguh pun begitu, ada juga lelaki yang melakukan perkara ini meskipun hubungan cintanya berjalan lancar.  Jadi, apakah sebenarnya alasan ‘lelaki curang’?

 Antara alasan lelaki curang:

1.    “Saya sudah tidak mencintainya lagi.”

Setelah sekian lama bersama, biasanya lelaki akan kehilangan rasa cinta terhadap pasangannya. Sebahagian lelaki mengalaminya hanya untuk sementara waktu, dan mengalihkan perhatian dan hati mereka pada perempuan lain. Daripada kebanyakan kes yang terjadi, akibat kecurangan sesaat ini, para lelaki akhirnya benar-benar kehilangan pasangan mereka!

 

2.    “Saya ingin membalas perbuatan curangnya.”

Lelaki cenderung mengubati kekecewaannya dengan melakukan hal yang sama. Jika anda pernah berlaku curang, jadi tidak harian jika si dia akan melakukan hal yang sama. Perbuatan ini dilakukan demi untuk menyamakan kedudukan.

 

Baca Juga: Perangai Lelaki Masuk Sahaja Usia 40-an

 

3.    “Si dia terlalu cerewet dan suka membebel.”

Wanita cenderung cerewet, kuat membebel terutama menghadapi ketidakpuasan hati atau perkara-perkara yang tidak disukai. Kebiasaan ini boleh mengundang sakit kepala para lelaki. Keadaan ini juga mendorong lelaki mencari teman rapat yang boleh memahami dirinya.

 

4.“Saya tergoda.”

Kebanyakan lelaki tidak dapat bertahan pada godaan ‘seks’ jika ada perempuan yang mengajaknya ‘dating’.  Jadi, dia akan mempunyai kesempatan untuk melakukannya, maka kecurangan itu pun tidak boleh dihindari.

 

5. “Wanita cukup mudah untuk memaafkan.”

Mungkin ada benarnya, kebanyakan wanita cepat memaafkan ketidaksetiaan pasangannya. Lebih-lebih lagi, jika cinta menjadi alasannya. Fakta inilah yang kerap dimanfaatkan oleh orang lelaki. Berbohong, meminta maaf  lalu semuanya akan kembali menjadi normal seperti biasa.

 

Baca Juga: 17 Tanda Lelaki Jatuh Cinta

 

 6. “Si dia tidak lagi mampu membahagiakan saya.”

‘Long term relationship’, ataupun ikatan perkahwinan cenderung mengundang kebosanan. Bagi lelaki, keadaan ini menyebabkan dia tidak peduli lagi pada pasangan, seperti di tahun pertama menjalinkan hubungan cinta. Situasi ini juga menyebabkan lelaki melakukan terapi dengan mendekati perempuan lain untuk membangkitkan rasa cintanya.

Kenali potensi tersebut dalam perhubungan anda. Jika ada, atasi dengan bijak. Sungguh pun begitu, tidak ada jaminan pasangan anda akan bebas daripada jerat kecurangan. Saling menghargai dan berpegang pada komitmen adalah cara yang paling berkesan untuk mempertahankan sebuah perhubungan.

 

<< Ketahui 4 cara mengenali lelaki panas baran di sini.

 

 

Previous post

5 Tips Pilih Seluar Legging Yang Sesuai

Next post

4 Petua Berkesan Hilangkan Jerawat Batu

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *