Petua PemakananSihat

9 Cara Semulajadi Meredakan Sakit Kepala Dengan Cepat

petua meredakan sakit kepala - women online magazine-2

Kredit Foto: fittolive

Meredakan Sakit Kepala.Serangan migraine yang datang secara tiba-tiba terasa amat menyeksakan.Hanya Tuhan sahaja yang tahu bagaimana rasa sakitnya.

Memang tak terkata kalau diserang  migraine atau sakit sebelah kepala. Tetapi, ada juga gejala migraine pada kedua-dua belah sisi kepala. Sakitnya boleh mengganggu apa sahaja perkara yang ingin dilakukan. Kepala jadi berdenyut-denyut diiringi dengan rasa mual dan hendak muntah. Sebelum mengambil ubat, ada baiknya anda cuba mengatasi masalah sakit kepala ini dengan cara semulajadi dan mudah.

Berikut adalah petua ataupun cara semulajadi yang boleh meredakan sakit kepala maha hebat itu. Mudah-mudahan ia dapat membantu anda dalam mengatasi sakit kepala yang cukup menyeksakan ini tanpa harus menelan sebarang ubat!

1.   Biarkan Kepala Sejuk Dan Tubuh Hangat

Situasi ini akan membuatkan darah mengalir dengan lebih cepat pada bahagian kepala. Anda boleh melakukannya dengan berendam dengan air suam atau berbaring dengan menutup tubuh dengan selimut hangat yang selesa.

 

2.   Berada Di Ruangan Gelap

Penderita migraine biasanya sensitif terhadap cahaya, suara dan bau-bauan. Merehatkan diri di ruangan yang gelap dapat mengurangi sakit kepala yang anda alami. Cahaya yang terlalu terang atau silau akan membuat sakit kepala semakin menjadi-jadi. Jadi, usahakan untuk berada di tempat yang gelap.

 

3.   Urut Bahagian Kening

Ini adalah cara semulajadi yang biasa digunakan sejak dahulu lagi. Urutan ini adalah cara semulajadi untuk meredakan sakit di sekitar kepala dan membuatkan tubuh terasa lebih relaks.

 

4.   Urut Atau Cium Bau Minyak Angin

Gunakan minyak urut atau minyak angin di bahagian kening, lalu gosokkan. Boleh juga disapu di sekitar leher yang tegang. Aroma minyak angin dan rasa panas boleh membuatkan tubuh selesa dan meredakan sakit kepala.

 

5.   Minum Kopi

Anda suka menikmati kopi atau minuman yang mengandungi kafein? Ternyata ia boleh meredakan sakit kepala akibat migraine. Sungguhpun begitu, anda perlu berhati-hat dan usah terlalu bergantung kepadanya setiapkali diserang migraine. Pengambilan kopi atau minuman berkafein melebihi sukatan tidak baik buat kesihatan tubuh.

 

6.   Makan Makanan Masin

Jika anda mula rasa sakit kepala, ambil makanan yang berasa sedikit masin. Misalnya, kerepek masin. Menikmati hidangan masin dapat menghentikan serangan sakit kepala agar tidak menjadi semakin parah.

 

7.   Redakan Kepala Dengan Ais

Meredakan kepala dengan ais yang sudah dibungkus dengan tuala atau air sejuk dapat meredakan sakit kepala. Cuba baring dalam posisi yang selesa dan gosok bungkusan ais tersebut pada bahagian yang sakit.

 

Baca Juga: Petua Kulit Cantik 

 

8.   Minum Teh Halia

Ketika diserang migraine, minumlah teh halia panas yang diperbuat daripada halia segar. Minuman herba ini dapat meredakan sakit kepala ataupun migraine.

 

Baca Juga: Kebaikan Teh Hijau

 

9.   Banyak Minum Air Putih

Kurangkan minuman berkarbonat atau soft drink. Anda disarankan minum enam hingga lapan gelas air putih sehari. Banyak minum air putih dapat membantu membersihkan racun dalam tubuh yang menyebabkan sakit kepala.

 

Baca Juga: Manfaat Air Suam

 

Ekstra Tips:

Saat menunaikan ibadah puasa nanti, tentu ramai yang akan diserang sakit kepala ataupun migraine. Keadaan ini pasti akan membuatkan anda berasa sedikit tertekan. Sebenarnya banyak faktor yang mengundang sakit kepala, antaranya disebabkan terlalu penat sehingga tubuh keletihan, stress, perubahan waktu/pola tidur yang sangat drastik, leher tegang dan sebagainya.

Ketika menjalani ibadah puasa, anda disarankan mengawal had pengambilan makanan ini ketika berbuka dan bersahur;

-> Kurangkan kafein – Pengambilan kafein boleh membuat pembuluh darah di sekitar otak menjadi tegang. Pastikan anda mengambilnya tidak lebih daripada 300mg setiap hari. Hadkan juga pengambilan kafein daripada rokok, teh dan kopi ketika berbuka dan bersahur. Sebaliknya, cuba ambil jus buah-buahan segar dan air mineral.

-> Zat pengawet makanan– Hindari pengambilan makanan fast food dan utamakan makanan tinggi nutrisi. Zat-zat aktif seperti MSG buatan, ‘tartrazine’ yang juga boleh mengundang sakit kepala.

 

Nota Kaki: SHARE artikel ini ya.

<< Apakah anda bersedia untuk menemui bulan Ramadhan? Dapatkan tip diet sihat sepanjang bulan puasa di sini…

Previous post

Resepi Ikan Kerapu Masak Stim

Next post

6 Tips Jimat Hias Sendiri Bilik Pengantin Anda

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *