ResepiSajiSelera

Resepi Tart Nenas

resepi tart nenas - women online magazine

Kuih wajib setiapkali raya. Jika tak ada , ada yang mengatakan macam tak Raya!

Apatah lagi jika tart nenas yang dihasilkan lembut, gebu dan lazat. Bagi anda yang tidak pernah membuatnya dan teringin untuk mencuba, berikut disertakan Resepi Tart Nenas.

Nenas yang ingin dibuat inti, sebaiknya pilih yang tua sedikit tetapi pastikan isinya itu masih keras dan tidak lembik apabila kulitnya dipicit. Nenas untuk dibuat inti atau jem lebih bagus jika diparut agar berserat supaya mudah dibentuk menjadi inti tart nenas tersebut.

Bahan-Bahan Resepi Tart Nenas

Bahan A

125gm mentega

250g tepung gandum

1 sudu teh tepung kastard

sedikit garam halus

 

Cara Membuatnya;

1. Lembutkan mentega dan putarkan bersama sedikit garam sehingga kembang.

2. Masukkan tepung dan uli hingga sebati. ( Nota: Sekiranya keras, tambahkan 1 sudu besar air sejuk )

3. Biarkan doh tersebut selama 30 minit.

 

Bahan B – Untuk inti tart nenas

1 Biji nenas parut dan perah sedikit airnya.

¾ cawan gula

1cm kulit kayu manis.

2 kuntum bunga cengkih

 

Cara Membuat Inti:

1.Masukkan ke semua bahan B, biar sebati.

2. Kemudian, masak sehingga kental, dan bulat-bulatkan inti tersebut.

 

Sapuan:

2 kuning telur, sedikit pewarna dan esen vanilla – kacau hingga  sebati.

 

Cara Membuat Tart Nenas:

  1. Ambil bahan A yang sudah  dibiarkan selama 30 minit itu, masukkan dalam acuan tart nenes gulung, picit dan letakkan inti kemudian gulung.
  2. Sapu di atasnya dengan bahan sapuan.
  3. Kemudian bakar selama 20 minit atau sehingga masak pada suhu 160C.
  4. Ok, dah siap pun dan pastikan tart nenas itu betul-betul sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

Foto: Sekadar gambar hiasan

<<  Cara membuat Kek Span Enak & Gebu ini sangat mudah. Untuk mendapatkan resepinya klik link ini.

 

Previous post

Hati Terusik Ketika Menjenguk Felixia Yeap Blog

Next post

Tips Melatih Otak Agar Lebih Kreatif & Sihat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *