Tips Melatih Otak Agar Lebih Kreatif & Sihat
Mengetahui cara melatih otak untuk berfikir dengan cepat dan kreatif itu penting!
Otak kanan membuat manusia berfikir kreatif dan cenderung inovatif. Orang yang dominan menggunakan otak kanan selalunya lebih kreatif dan inovatif.Ini adalah kerana otak kanan akan menghasilkan pemikiran-pemikiran yang tidak konvensional, tidak sistematik dan serta diluar jangkaan.
Mengetahui cara melatih otak untuk berfikir dengan cepat dan kreatif itu penting supaya kita boleh lebih fokus dan mempunyai kemampuan untuk mengingati banyak perkara. Selain itu, kesihatan otak juga perlu dijaga agar dapat berfungsi normal dan optimal. Apakah tips melatih otak agar lebih kreatif serta terbaik serta menjaga kesihatan otak supaya dapat terus berfungsi dengan baik?
Antara tips melatih otak serta menjaga kesihatan otak adalah;
1. Bersenam secara teratur
Bersenam atau melakukan latihan fizikal secara teratur bukan hanya melatih tubuh, tetapi juga bermanfaat untuk kesihatan otak anda. Ini adalah kerana 20 minit bersenam akan meningkatkan pemprosesan informasi dan fungsi memori serta saraf otak anda. Ini membuatkan ketika anda ingin melakukan sesuatu yang cepat, tahap kebimbangan anda juga meningkat, dan tubuh anda pula bertindak cepat. Secara tidak langsung, otak anda juga akan berfikir dengan cepat atau pantas.
2. Pola Hidup Sihat & Makanan Sihat
Jalani pola hidup sihat serta pengambilan makanan sihat. Makanan yang sihat seperti ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran segar dapat mendorong otak anda bekerja secara optimal dan lebih cepat. Dapatkan tidur secukupnya agar tubuh anda sentiasa segar setiap hari sehingga gerak kerja otak menjadi lebih baik. Selain itu, apa yang baik untuk jantung, baik juga buat otak anda. Oleh sebab itulah, makanlah makanan yang mengandungi antioksidan serta Omega-3, yang boleh didapati daripada pengambilan ikan atau minyak zaitun.
3. Melatih Otak
Membaca buku boleh melatih fikiran. Membaca akan menjaga otot-otot otak dalam bentuk yang sempurna. Ketika membaca, anda akan berfikir lebih jauh daripada kotak fikiran anda.Perkara ini akan membuatkan anda menjadi lebih cergas. Selain itu, terdapat banyak aplikasi latihan otak yang boleh melatih otak anda, tak kira di mana sahaja anda berada. Salah satunya adalah dengan menginstall atau memuat naik software game di smartphone atau komputer anda.
4. Jangan Terlalu Bergantung Pada Gadget
Kini gadget menjadi salah satu barang “wajib” dimiliki oleh setiap orang. Tak kiralah smartphone, tablet ataupun PC, semuanya berguna. Selain digunakan untuk berkomunikasi, sebahagian besar pekerjaan dapat dilakukan dengan manfaat gadget. Mulai daripada membuka email, chat sampailah mengingati sesuatu yang penting. Anda disaran untuk menguranginya! Sesekali cubalah mengingati sesuatu yang berkaitan dengan diri mahupun kelaurga dengan otak anda sendiri. Terlalu bergantung terhadap gadget untuk mengingati sesauatu akan membuatkan otak anda menjadi manja dan malas untuk berfikir!
5. Bermain “Game”
Jika tidak keterlaluan serta melebihi hadnya, bermain game tidak akan menganggu fungsi otak anda. Jadi, sebab itulah bermain game, terutama yang bergenre strategi akan melatih dan meningkatkan konsentrasi otak.
6. Dapatkan Istirahat & Tidur Yang Mencukupi
Istirahat atau tidur yang cukup boleh membantu mengaktifkan kembali sel-sel otak, sehingga otak dapat menyerap dan mempelajari sesuatu lebih dalam dan lebih banyak. Peningkatan kemampuan seperti ini secara tidak langsung akan mempengaruhi tingkat kecerdasan seseorang
Kredit foto: alrebh
<< Anda pernah hilang kosentrasi atau tumpuan dalam bekerja? Klik link ini untuk info lanjut.
1 Comment
[…] Meningkatkan Daya Ingatan […]