Cubalah Resepi Daging Masak Merah Meletop!
Foto: Sekadar Hiasan
Resepi Daging Masak Merah. Biarpun tidak sepopular Ayam Masak Merah, namun Resepi Daging Masak Merah tetap menjadi pilihan variasi menu keluarga.
Masakan ini sesuai buat pencinta rasa pedas dan juga penggemar daging. Bahan dan ramuan yang diperlukan sangat ringkas dan proses pembuatannya juga mudah. Boleh dicuba bila-bila masa sahaja.
Berikut bahan dan ramuan serta cara membuat Resepi Daging Masak Merah. Daging lembu dihiris nipis agar cepat masak dan empuk dagingnya. Selamat mencuba bagi anda yang ingin mencuba.
Baca Juga: Bahaya Daging Kambing
Bahan-bahan yang diperlukan;
250 gm daging lembu, dipotong nipis dan jangan terlalu lebar.
2 biji tomato, dibelah empat.
1 batang serai, diketuk-ketuk
2 helai daun limau purut
1 sudu teh garam
½ sudu teh serbuk lada sulah
½ sudu teh gula merah
½ sos tiram
1 sudu besar air asam jawa
300ml air
3 sudu makan minyak untuk menumis
Dapatkan Juga: Resepi Daging Salai
Bahan Untuk Dikisar Halus:
5 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1cm halia
8 biji cili kering
2 biji cili besar
Dapatkan Juga: Resepi Rendang Daging
Cara Membuatnya:
1. Panaskan minyak. Tumis ramuan yang telah dikisar.
2. Kemudian masukkan serai dan daun limau purut sampai berbau harum.
3. Masukkan daging lembu. Kacau sampai berubah warna.
4. Masukkan garam, serbuk lada sulah, sos tiram, gula merah, air asam jawa. Kacau rata.
5. Tuang air, tutup tudungnya dan biarkan mendidih sehingga masak.
6. Apabila sudah hampir masak, masukkan pula tomato.
7. Ok, Siap!
Nota Kaki: SHARE artikel ini dengan kawan-kawan anda yang suka ke dapur.
No Comment