CantikDietSihat

4 Cara Melangsingkan Tubuh Dengan Cepat

cara-melangsingkan-badan-dengan-cepat-women-online-magazine.jpg

Melakukan hubungan seks secara rutin memberikan banyak manfaat bagi kesihatan tubuh.

Ketika anda melakukan hubungan seks, tubuh akan memproduksi hormone endorphin dan testosterone dalam jumlah yang banyak. Hormon-hormon tersebut berkait rapat dengan ghairah hidup serta kebahagiaan. Salah satu manfaat seks adalah dapat membantu menurunkan berat badan.

Tidak ramai yang tahu bahawa gerakan dan posisi seks yang tepat sebenarnya adalah cara melangsingkan tubuh dengan cepat. Aktiviti yang dilakukan sekitar 30 minit ini dikatakan dapat membakar lebih kurang 350 kalori. Ketika aktiviti ini berlangsung tubuh mengeluarkan energi dan membakar banyak kalori.  Ini bermakna tubuh anda berpeluang untuk tidak menyimpan kalori berlebihan yang boleh menyimpan lemak.

Berdasarkan buku yang ditulis oleh Kerry McCloskey, “The Ultimate Sex Diet”, seks adalah alat senaman tercanggih, menyenangkan, cukup menjimatkan dan mempunyai banyak manfaat buat kesihatan tubuh. Anda patut tahu, selain menguatkan otot, rajin melakukan hubungan seks juga merupakan salah satu cara melangsingkan tubuh dengan cepat.

Posisi-posisi seks memiliki gerakan yang sama seperti ketika anda bersenam. Hampir semua semua otot termasuk kaki, paha, lengan, bahu dan perut bahagian bawah akan berinteraksi ketika anda melakukan hubungan seksual.

1. Membakar Kalori

Melakukan hubungan selama 30 minit dikatakan mampu membakar kalori yang sama dengan berjogging dengan durasi yang sama. Jika anda tidak sempat atau tidak ada masa untuk berjogging, bolehlah beralih kepada aktiviti yang satu ini agar berat badan anda tetap ‘maintain’.

2. Menguatkan Otot

Bukan setakat hanya menjadi salah satu cara melangsingkan tubuh dengan cebat, tetapi hubungan seksual juga boleh melatih kekuatan otot-otot tubuh seperti tangan, paha, kaki dan lainnya. Ini bermakna hubungan seks juga memberikan manfaat positif untuk meningkatkan kekuatan otot sekaligus membuatnya menjadi lebih mantap.

3. Tidak Semestinya Lama!

Hubungan seksual masih memberikan manfaat kesihatan biarpun dilakukan dalam waktu singkat ataupun cepat. Ketika anda dan pasangan tidak mempunyai banyak masa untuk aktiviti ini, janga teragak-agak untuk melakukan quickie sex atau seks kilat. Kepantasan mengejar waktu sebenarnya boleh meningkatkan adrenalin dan perasaan ghairah yang memucak. Anda tetap berpeluang membakar kalori lebih banyak sekaligus meningkatkan peredaran darah yang baik bagi kesihatan sistem kardiovaskular tubuh anda.

4. Elakkan Makan Secara Berlebihan

Emotional eating atau makan berlebihan biasanya terjadi pada orang-orang yang stress atau depresi. Akibatnya, mereka lebih cenderung mengalami kenaikan berat badan sebagai efek pengambilan makanan berlebihan. Hubungan seksual dikatakan dapat mengurangi stress dan risiko depresi.

Ini adalah kerana hormon endorphin yang muncul pada ketika anda melakukan seks dipercayai dapat membantu meredakan streas, mengawal nafsu makan dan mampu mencegah anda makan secara berlebihan. Lakukan hubungan seks dengan posisi berbeza untuk meningkatkan efek pergerakkan anda.

Hormon endorphin adalah hormon bahagia yang boleh membuat perasaan seseorang itu menjadi lebih lebih baik dan selesa. Hormon endorphin juga memainkan penting dalam meningkatkan daya ketahanan tubuh agar tidak mudah diserang penyakit.

 

Info Ekstra!

Manfaat Seks Untuk Kesihatan Mental & Fizikal

  • Tingkatkan Kemesraan

Melakukan hubungan seks secara teratur akan mengeratkan lagi hubungan anda suami isteri. Seks mampu melepaskan hormone cinta, oksitosin yang membantu anda berdua untuk saling emncintai dan mempercayai di antara satu sama lain.

  • Mood Baik

Endorfin adalah hormone yang dipercayai mampu meningkatkan mood seseorang. Ketika hubungan seks sedang berlansung, secara semulajadi hormone ini dilepaskan. Kedaan ini akan membuatkan anda berada dalam mood yang lebih baik.

  • MeningkatkanHarga Diri

Seks dan keintiman berkait rapat dengan harga diri seseorang. Seks dikatakan boleh membuatkan seseorang itu berasa lebih baik, lebih bermakna, lebih sempurna tentang dirinya sendiri dan meningkatkan kepercayaan diri masing-masing ketika di ranjang.

Kredit foto: womenshealththailand

<< Bingung kerana saiz payudara anda kecil? Ketahui cara selamat dan sihat untuk membesarkanya di sini. 

 

 

 

 

 

Previous post

Resepi Kek Coklat Kukus Super Sedap

Next post

Biskut Suji Arab

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *