ResepiSajiSelera

Resepi Kuah Kacang

 

resepi kuah kacang - women online magazine

Kuah kacang atau sambal kacang cukup memikat selera apabila dinikmati bersama ketupat dan rendang.

Kuah yang dihasilkan menggunakan kacang tanah digoreng tanpa minyak ini memang membangkitkan rasa lemak, bukan sahaja apabila dicicah bersama ketupat atau nasi himpit. Malah juga enak digandingkan bersama satay, cucur udang, tauhu sumbat dan sebagainya. Jika anda suka, anda boleh masukkan sedikit ayam atau daging ke dalam kuah ini. Terpulang, mengikut citarasa anda sendiri. Ok, selamat mencuba.

Bahan-bahan yang diperlukan untuk membuat Kuah Kacang:

250gm kacang tanah (digoreng tanpa minyak dengan api yang kecil sehingga kacang masak agar mudah ditanggalkan kulitnya-kemudian dikisar tapi jangan terlalu halus)

3 ulas bawang putih-dikisar

8 biji bawang merah-dikisar

sedikit halia-dikisar

11 tangkai cili kering- dikisar halus

3 batang serai (diketuk-ketuk)

500ml air

300ml santan pekat

Garam dan serbuk perasa secukupnya

100ml kicap manis

3 sudu besar minyak masak

1 sudu air asam jawa

 

Cara Membuatnya:

1.Panaskan minyak, kemudian bahan-bahan yang sudah dikisar tadi kecuali cili kering.

2.Setelah naik bau dan kekuningan, masukkan cili kering yang sudah dikisar tadi.

3.Kacau, jika terlalu pekat boleh tambah sedikit air.

4. Setelah itu masukkan serai.

5.Masukan kacang tanah yang sudah dikisar tadi. Kacau sampai rata hingga naik bau wangi.

6. Masukkan air, dan masak lagi sampai airnya surut.

7. Kemudian masukkan santan, dan masak sampai pecah minyak. Jika belum masak, tambah lagi air.

8. Masukkan air asam jawa, kicap manis,garam dan serbuk perasa hingga secukup rasa. Tambah lagi gula atau kicap manis jika tidak mencukupi.

9. Jika ok, matikan api dan bolehlah dihidangkan.

Kredit foto: diyanakamaruza

<< Jika anda suka menikmati Rendang Ayam. Dapatkan resepinya di sini.

 

 

Previous post

Tips Mudah Untuk Kekal Muda

Next post

Pemenang Peraduan Kotex®‘1 Minute Time-Out’

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *