Pemenang Peraduan Kotex®‘1 Minute Time-Out’
Alangkah seronoknya dapat menghabiskan masa sehari bersama artis pujaan serta menerima hadiah wang tunai untuk membeli belah.
Keseronokan serta kegembiraan itulah yang dirasai oleh lapan pemenang bertuah Peraduan Kotex® ‘1 Minute Time-Out’ baru-baru ini. Mereka berpeluang membeli-belah sambil ditemani duta Kotex® Nad Zainal dan Siti Saleha, pelakon utama drama ‘Memberku Hawa’.
Tentunya ia memberikan suatu kenangan manis buat pemenang utama iaitu Dheepa Ramasamy,Fatimah Shahari, Khairizan binti Ma Zin, Tian Joan Sin yang telah memenangi wang tunai RM2,000 setiap seorang. Begitu juga dengan para pemenang hadiah saguhati, Nurfakhira binti Meor Ahmad Kamal,Petherine Jimbau,Siti Sarah Muhd Noor dan Yu Swee Peng yang menerima wang tunai sebanyak RM500 seorang.
Mereka telah menikmati keseronokan membeli belah di Forever 21, di samping berpeluang beramah mesra serta mendapatkan beberapa tips fesyen, mekap serta penjagaan Zon-V dengan Nad Zainal dan Siti Saleha.
Kekal segar dan bersih sepanjang hari adalah wajib,” kata Nad Zainal. “Sudah bertahun saya menggunakan Kotex® dan saya tidak pernah merasa risau kerana Kotex® Fresh Plus terbukti melindungi kesihatan Zon-V, terutamanya pada hari sibuk seperti hari ini apabila saya ingin merasa selesa dan dilindungi, dan saya dapat menumpu kepada perkara yang lebih penting!”
“Pada masa kini, semua orang sentiasa sibuk,” tambah Siti Saleha, “Menjadikan ia sebahagian daripada rutin harian adalah cara terbaik untuk memastikan anda tidak akan terlupa. Memang mudah untuk terus keluar rumah tapi mengutamakan kesihatan Zon-V hanya mengambil masa satu minit sahaja dan amat berbaloi untuk sentiasa sihat.”
Sebagai jenama produk penjagaan wanita, Kotex® sememangnya sentiasa berusaha untuk meningkatkan kesedaran betapa pentingnya setiap wanita menjaga kesejahteraan dan kesihatan wanita.
Pengarah Pemasaran Kimberly-Clark Malaysia, Soo Woon Yee berkata,”sebagai wanita, zon-V adalah sebahagian daripada kehidupan. Kita tidak akan mempelajari fakta yang penting jika segan atau malu. Inilah sebabnya kami menyeru golongan wanita untuk lebih yakin, berpengetahuan dan proaktif terhadap penjagaan kesihatan zon V mereka”.
Hanya satu minit dalam rutin harian seorang wanita mencukupi untuk melakukan perbezaaan hidup, terutamanya dengan liner Kotex® Fresh Plus, satu-satunya pelapik yang terbukti dapat memberikan 3 kali perlindungan terhadap kulat, bau dan bakteria seterusnya membantu melindungi Zon-V.
<< Keputihan buat vagina berbau ikan? Ketahui lebih lanjut di sini.
No Comment