ResepiSajiSelera

Tomyam Campur Lagi Istimewa

resepi tomyam campur - women online magazine

Tomyam adalah menu makanan yang berbentuk sup dan berasal dari Thailand.

Bahan utama yang merupakan nadi kesedapan Tomyam adalah serai serta daun limau purut.  Jika anda mahu menikmati Tomyam Campur Lagi Istimewa ini, tak perlu pergi jauh-jauh sehingga ke negara Thailand kerana Chef WOM.my  sedia memberikan anda panduan untuk memasaknya di rumah.

Berikut Resepi Tomyam Campur Lagi Istimewa:

Bahan-bahan yang diperlukan:

10 ekor udang (dikupas dan dibuangkan ekornya)

2 keping daging ikan siakap ‘filled’ dipotong dadu (jika suka)

2 ekor sotong (dibersihkan dan dipotong bulat)

3 ketul daging ayam atau daging

seekor ketam (dibersihkan dan dibelah empat)

5 helai daun limau purut

3 batang serai (diketuk-ketuk)

Garam dan serbuk perasa secukupnya.

5 sudu besar kicap ikan

2cm lengkuas (diketuk-ketuk)

1 kiub tomyam

2 sudu cili kisar

4 biji cili padi (diketuk-ketuk)

3 sudu air perahan limau nipis

1 batang daun ketumbar (dicincang)

1 biji bawang Bombay (dipotong bulat)

2 biji bawang kecil (dihiris halus)

2 biji tomato (dibelah empat)

Air secukupnya

Sedikit kubis bunga

Beberapa kuntum cendawan

 

Cara Membuat Tomyam Campur:

1.Masukkan minyak, dan tumis bawang kecil yang dihiris halus tadi. Biar sehingga naik bau.

2.Masukkan cili kisar dan kiub tomyam. Biar garing seketika dan masukkan sedikit air.

3. Masukkan serai, lengkuas dan kemudian masukkan pula kicap ikan, daun limau purut, serbuk perasa dan garam.

4.Biarkan mendidih. Setelah itu masukkan daging ayam dan kepingan isi ikan.

5. Apabila keduanya hampir masak, masukkan udang,sotong dan ketam lalu dikacau perlahan. Jika kurang kuah, tambah.

6. Setelah itu, masukkan pula sayuran kubis bunga dan tomato, cili padi,cendawan dan bawang yang sudah dipotong bulat-bulat.

7. Langkah terakhir, masukkan perahan air limau nipis dan tabur dengan daun ketumbar. Masak seketika dengan api yang kecil.

8. Jika sudah cukup rasa semuanya, angkat dan sajikan.

Kredit foto: seasaltwithfood

<< Dapatkan Resepi Ikan Siakap yang cukup sedap di sini. 

Previous post

Resepi Daging Kambing Masak Pedas

Next post

Cabaran Langsing Selepas Raya

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *