ResepiSajiSelera

Resepi Daging Kambing Masak Pedas

resepi kambing masak pedas - women online magazine

Pernahkah anda mencuba resepi daging kambing masak pedas ? Jika belum jom cuba resepi ini.. menarik juga..

Selain daging ayam dan daging lembu, daging kambing juga tidak ketinggalan menjadi menu istimewa di Hari Raya.

Mengolah masakan daging kambing, memang sukar. Jika tidak kena cara ‘mengayakannya’ boleh meninggalkan bau hamis!

Terdapat pelbagai cara untuk menghilangkan bau hamis daging kambing. Antaranya, sebelum dimasak daging kambing tersebut dicuci dengan perahan air limau nipis. Jika tidak ada limau nipis, anda boleh menggunakan daunnya sahaja.

Selain itu, penggunaan rempah ratus bukan sahaja membuatkan masakan tersebut menjadi lebih nikmat, tetapi juga membantu menghilangkan bau hamis atau bau yang tidak sedap pada daging kambing.

Berikut Resepi Daging  Masak Kambing Pedas:

Bahan – bahan yang diperlukan:

    ½ kg daging kambing, potong sesuai dengan selera

    10 biji bawang merah, dipotong nipis.

    3 ulas bawang putih, dipotong nipis

    3 sudu besar serbuk kari

    5 biji cili padi, dipotong serong

    3 helai daun salam

    3 helai daun limau purut

    Air  secukupnya

    1 sudu air asam jawa

Garam,gula pasir, serbuk perasa dan kicap manis secukupnya.

Cara Membuat Daging Kambing Masak Pedas:

1.Tumis bawang merah, bawang putih, daun salam dan daun limau purut sehingga naik bau.

2.Masukkan daging kambing yang sudah cuci bersih dan dipotong ke dalam tumisan.

3.Masukkan garam, gula serta serbuka kari. Kacau sehingga rata sehingga daging berubah warna menjadi sedikit coklat.

4.Tambahkan sedikit air dan masukkan kicap manis.

5.Gaul lagi sehigga rata, dan biarkan ia meresap.

6. Kemudian masukkan cili padi dan air asam jawa. Kacau lagi hingga sebati dan tunggu sehinga ia empuk dan masak. (jika kurang masak, tambah air lagi)

7. Biarkan kuahnya surut sedikit dan jika semuanya sudah cukup rasa, daging kambing masak pedas ini bolehlah segera dihidangkan.

<< Jom cuba pula sup tulang power ini di sini..

Previous post

Cara Mendapatkan Perut Langsing Selepas Berhari Raya

Next post

Tomyam Campur Lagi Istimewa

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *