5 Makanan Pahit Terbaik Untuk Kesihatan Wanita
Foto: sekadar hiasan
Makanan Pahit. Anda suka makanan yang rasanya pahit? Tentunya, tidak!
Makanan-makanan pahit seperti peria, daun betik, ulam pegaga dan sebagainya sering dihindari orang. Maklumlah, rasanya kurang bersahabat dengan lidah. Namun, makanan-makanan pahit tersebut mempunyai banyak khasiat buat kesihatan tubuh. Bahkan, mampu mempercantikkan kulit.
Kebaikan Makanan Pahit
1. Membantu Melancarkan Sistem Penghadaman
Produksi enzim penghadaman yang ada di dalam tubuh boleh ditingkatkan dengan pengambilan makanan pahit. Semakin baik penghadaman makanan, semakin banyak pula nutrisi yang dapat diserap tubuh. Gangguan membuang air besar juga boleh diatasi dengan pengambilan sayuran peria dan daun betik. Sayuran pahit ini juga ternyata berkesan untuk membantu penyembuhan penderita diabetis.
Baca Juga: PenyebabUtama Susah Buang Air Besar
2. Berupaya Melawan Radikal Bebas
Makanan pahit, salah satunya coklat pahit dikatakan dapat memerangi radikal bebas dalam tubuh. Ia dapat mencegah penyakit-penyakit kanser ataupun penyakit saraf. Coklat pahit yang berwarna hitam pekat ini bukan setakat dapat menyihatkan tubuh , bahkan juga mampu menghilangkan beban fikiran yang membuatkan anda stress.
Di samping itu, pati peria juga turut bermanfaat untuk mengurangi risiko terkenanya kanser payudara. Selain itu, ekstrak peria boleh digunakan sebagai pembasmi semulajadi penyakit demam berdarah. Pengambilan peria secara rutin juga dapat menaikan daya ketahanan tubuh terhadap serangan virus.
Sayuran pahit seperti peria mempunyai nutrisi yang sangat bagus buat tubuh. Makanan pahit ini mengandungi vitamin C, K dan A serta mineral seperti magnesium, kalsium dan kalium. Sayuran pahit ini juga kaya dengan serat dan foliate, namun rendah sodium dan lemak.
4. Mengurangi Ketagihan Gula
Pengambilan gula yang banyak atau makanan manis boleh memberikan efek negatif bagi kesihatan tubuh. Apatah lagi, jika anda mempunyai masalah dalam mengawal gula darah. Ketagihan gula atau makanan manis boleh dikurangi dengan pengambilan makanan-makanan pahit.
Baca Juga: Punca Kencing Manis
Kesihatan hati memainkan peranan penting terhadap kesihatan tubuh secara keseluruhan. Mencegah kesihatan hati boleh dilakukan dengan mudah dan sederhana, iaitu pengambilan sayuran pahit seperti ‘kale' dan sayuran lain yang mengandungi phytonuterien yang dapat membantu hati melalukan tugasnya seperti menyimbangkan hormon, menjaga tahap kolesterol dan menghilangkan racun dari darah.
‘Kale', sejenis sayuran yang mungkin kurang familiar di telinga kita. Namun, sayuran ini cukup popular di negara-negara Eropah seperti Amerika Syarikat dan Jepun. Ia adalah sayuran yang kaya dengan kandungan zat antioksidan yang tinggi dan lengkap.
Sayuran berdaun hijau keriting ini juga kaya dengan kandungan mineral seperti tembaga,kalsium, zat besi dan fostor. Kale mampu membantu mencegah kekurangan vitamin A, vitamin B, vitamin C, osteoporosis, anemia dan dipercayai dapat melindungi sesiapa sahaja daripada penyakit jantung, kanser usus besar dan kanser prostat.
Tips Ekstra
Baik peria ataupun daun betik, jika kena cara memasaknya rasa pahit tersebut akan berkurangan. Rasa pahit daun betik dan peria juga boleh dikurangkan dengan cara, meredam sambil meramasnya dengan sedikit garam ataupun gula Melaka selama 15 minit.
Info Ekstra
Pahit Itu Sihat!
Kepahitan dalam sayuran boleh membunuh pelbagai kuman dan parasit yang menyebabkan penyakit penghadaman seperti diare. Kadang-kadang sayuran yang terlalu lama dimasak seperti sawi dan brokoli juga menyebabkan rasa pahit. Jadi, sebab itulah ada di antara sayuran disarankan dimasak buat seketika supaya rasanya tetap enak.
<< Ingin tahu cara menghilangkan selulit yang berkumpul di perut? Baca di sini.
No Comment