ResepiSajiSelera

Resepi Lontong Lazat

resepi lontong lazat - women online magazine

Lontong adalah antara menu wajib ketika Hari Raya. Tanpanya, hidangan raya pasti kurang berseri.

Kebanyakan orang, bila sebut lontong sudah terbayang kepekatan kuahnya yang berwarna kuning serta dipenuhi dengan pelbagai sayuran dan cukup enak dimakan bersama nasi impit itu. Jenis sayuran, terpulang kepada selera masing-masing, namun biasanya  lontong sayuran ini menggunakan labu siam dan kacang panjang ataupun kacang buncis.

Ramai yang suka menikmati lontong ini sewaktu bersarapan pagi.  Cuma Resepi Lontong Lazat  yang chef WOM.my sediakan ini cukup ringkas, dan ada perlu gunakan nasi impit sahaja yang dimakan dengan kuah sayur lodeh yang khusus untuk Lontong Lazat  ini.

Berikut Resepi Lontong Lazat:

Bahan-bahan yang diperlukan:

Nasi himpit – direbus dan dipotong dadu apabila sudah sejuk. Ketepikan.

2 keping tempe (dipotong dadu- goreng)

Sebiji ubi kentang (dipotong dadu kecil-goreng)

2 keping tauhu (dipotong dadu -goreng)

5 tauhu kering (direndam dan dipotong kecil)

Segenggam suhun dan sayur pucuk (goreng)

15 ekor udang segar (goreng)

Kacang panjang atau kacang buncis (dipotong serong)

Lobak merah (dipotong panjang)

Kubis

Pucuk jagung muda

Cili besar (merah)

2 batang serai (diketuk-ketuk)

3 helai daun salam (jika suka)

4 sudu besar cili kisar

Sedikit garam, gula, serbuk perasa dan kicap manis.

Minyak untuk menumis

2 cawan santan

Bahan untuk dikisar:

4 biji bawang besar

1 biji bawang putih

Sedikit halia

Sedikit belacan

Sedikit kunyit hidup

Sedikit belacan(jika suka)

Sedikit ikan bilis

Sedikit udang kering

Cara Membuat Kuah Lontong Lazat:

1.Panaskan minyak.

2.Tumis bahan yang telah dikisar iaitu bawang bawang merah, bawang putih, halia, kunyit hidup,belacan, ikan bilis dan udang kering serta cili kisar.

3. Kacau sebati sehingga naik bau.

4. Pastikan ke semua bahan terutama cili telah masak.  Kemudian barulah masukkan santan, biarkan sehingga mendidih.

5. Kemudian masukkan sayur lobak merah,setelah itu jagung, tampe, kentang, tauhu, suhun,sayur pucuk dan kacau hingga sebati.

6. Kecilkan api dan masukkan pula kacang panjang, kubis dan cili besar, daun salam, tauhu kering serta kicap manis, garam, gula dan serbuk perasa.

7. Jika sudah cukup rasa semuanya, bolehlah tutup api dan bersedia untuk dihidangkan bersama nasi impit dan letak sesudu sambal pedas atau kuah kacang.

Foto: sekadar gambar hiasan

<< Ingin tahu cara membuat Sup Tulang yang cukup enak? Dapatkan resepinya di sini.

Previous post

Resepi Spaghetti Carbonara

Next post

Ketahui Penyebab Virus Ebola Menular!

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *