ProblemSihat

Ketahui Penyebab Virus Ebola Menular!

Penyebab Virus Ebola - women online magazine

Seluruh dunia terus diburu kebimbangan dengan ‘serangan padu’ Virus Ebola!

Virus Ebola atau  EVD merupakan penyebab penyakit demam berdarah Ebola.Virus ini cukup mengerikan dan jika tidak segera dicegah penyebaran boleh mengundang banyak kematian. Ebola adalah virus membunuh yang ditular melalui darah atau cecair tubuh daripada orang yang dijangkiti, jarum yang tidak disteril atau hiawan yang dijangkit.

Gejala ini biasanya mula di kesan dikesan di antara empat hingga 15 hari selepas seseorang itu dijangkiti virus tersebut. Rata-ratanya mengalami sakit seperti selesema, demam panas, sakit kepala dan rasa kebas-bebas sendi. Semua gejala diatasi biasanya akan disertai dengan cirit-birit, muntah serta munculnya ruam di seluruh tubuh.

Kemudian, barulah muncul tanda-tanda yang lebih menyakitkan seperti keluarnya darah daripada semua lubang kudis di tubuh. Ia seterusnya akan merosakkan organ-oran dalaman si pesakit. Masuk sahaja hari ketujuh hingga ke ke sepuluh, mereka akan rasa seperti sudah tidak bermaya, dehidrasi,hipotensi dan buang air besar berdarah atau gelap.Virus Ebola ini turut mempengaruhi peningkatan sel darah putih dan ‘platelet’ menganggu pembekuan darah. Akhirnya virus ini menyebabkan seluruh organ utama gagal berfungsi sehingga membawa kepada kematian.

Virus ini mula dikesan muncul buat pertama kali di Zaire sekitar tahun 1976, dan telah meragut 340 nyawa manusia.  Kemudian menular pula ke Nzara dan Sudan.  Virus penyakit ini terus merebak di perkampungan kecil berhampiran Sungai Ebola di Yambuku.  Nama virus ini diambil sempena nama sungai tersebut. Virus Ebola ini terus merebak di banyak negara di Afrika seperti Afrika Barat, Nigeria, Liberia, Sierra Leone Guinea dan lain-lain.

Penularan virus ini sangat mudah, hanya dengan sentuhan dengan darah, air liur, organ atau apa sahaja bendalir antara populasi manusia dan haiwan yang dijangkiti virus ini. Bahkan, melalui perhubungan secara lansung  iaitu komunikasi daripada segi percakapan mahupun fizikal juga boleh mengundang virus Ebola terus merebak.

Biarpun risko penularan virus Ebola ke Malaysia dianggap rendah, dan sehingga kini ‘bebas’, namun  kita semua termasuk pihak Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri  juga perlu mengambil langkah berjaga-jaga. Sebelum terjebak, lebih baik kita sama-sama beringat!

Kredit foto: absolute-news

<< Ingin tahu punca anda mengalami sakit belakang? Baca di sini.

 

 

 

 

Previous post

Resepi Lontong Lazat

Next post

Tips Gaya Hidup Sihat

Team WOM.my

Team WOM.my

Women Online Magazine dibina sebagai satu platform bagi kaum Wanita untuk rujukan dalam menjalani kehidupan semasa dengan lebih berjaya dan teratur dari pelbagai aspek. >> Klik sini untuk baca post terkini daripada Team Wom.my

No Comment

Leave a reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *