Jaga Kesihatan Diri Agar Tidak Mudah Jatuh Sakit
Keadaan cuaca yang tidak menentu sering membuatkan kita jatuh sakit! Kesihatan diri juga penting bagi kita untuk terus hidup sihat.Perubahan cuaca serta suhu udara yang tidak menentu menuntut tubuh untuk membiasakan diri dengan keadaan tersebut. Jadi sebab itulah, pentingnya kita menjaga kesihatan diri serta stamina tubuh agar tetap sihat dan segar.
Jika kurang menjaga atau mengambil berat tentang kesihatan diri, lebih-lebih dalam keadaan cuaca dan udara yang menentu seperti sekarang, tubuh anda akan mudah diserang penyakit. Bahkan keadaan tubuh yang kurang sihat itu juga bakal mempengaruhi mood anda untuk melakukan sesuatu. Antara penyakit yang kerap menyerang ialah diare, infeksi saluran pernafasan, demam serta selesema.
Diare
Pada musim-musim perayaan nie ramai yang terkena diare. Debu dan kotoran yang berpontensi menjadi penyebabnya. Penyakit ini juga dipengaruhi oleh apa yang anda ambil atau makan serta cuaca serta suhu persekitaran.. Cara pencegahan yang boleh dilakukan adalah dengan menjaga kebersihan diri dan persekitaran, menjaga pemakanan dan minuman agar sentiasa bersih. Makanan pedas dan kurang bersih boleh mengundang terjadi diare.
Demam dan Selesema
Penyakit yang paling mudah menyerang sesiapa sahaja. Pada ketika itu, kuman dan virus melakukan serangan besar-besaran. Apabila demam mula menyerang, jadi jangan dibiarkan. Ia merupakan gejala awal untuk jangkitan ringan ataupun serius. Jadi, sebab itulah anda perlu menjaga kesihatan diri termasuk pengambilan makanan serta memilih nutrisi yang tepat untuk meningkatkan daya ketahanan tubuh.
Gejala awal penyakit ini biasanya berupa batuk, sama ada batuk kering atau yang disertai dengan kahak, sesak nafas, peningkatan suhu badan atau pernafasan tidak normal. Cara pencegahan yang boleh dilakukan ialah dengan pengambilan multivitamin yang boleh meningkatkan daya ketahanan tubuh.
Berikut adalah beberapa tips penjagaan kesihatan diri yang cukup bermanfaat buat anda. Ia bukan sahaja baik untuk kesihatan, bahkan untuk kecantikan anda.
1. Makan Dengan Nutrisi Seimbang
Tubuh memerlukan nutrisi yang seimbang pada setiap hari. Jadi, pengambilan makanan-makanan yang mengandungi zat dalam jumlah yang sesuai dengan keperluaan tubuh sangat penting. Nutrisi seimbang ini berkait rapat dengan variasi makanan, aktiviti fizikal sehari-hari, kebersihan serta berat badan yang ideal. Dengan memenuhi nutrisi seimbang setiap hari, tubuh anda akan terasa fit dan segar serta tidak mudah dijangkiti penyakit.
Dengan menambah masa untuk bersenam, anda dapat meningkatkan pengaliran darah ke setiap organ tunggal tubuh termasuk kulit, dan akan menghasilkan kulit yang lebih baik, sihat dan berseri-seri.
Dehidrasi adalah gangguan dalam keseimbangan cecair atau air pada tubuh. Perkara ini terjadi kerana pengeluaran cecair yang banyak daripada cecair yang masuk ke dalam tubuh. Jika dibiarkan begitu sahaja, dehidrasi dapat mengakibatkan sakit kepala, pening, lemah, murung, daya respons rendah, salurang hidung kering, bibir kering serta pecah-pecah, urine berwarna terlalu kuning atau keruh, tubuh menjadi lebih, cepat letih dan mudah berhalusinasi.
Untuk mencegah dehidrasi, anda disarankan minum air putih sekurang-kurangnya lapan gelas sehari.
4. Kurangkan Pengambilan Gula
Pengambilan gula berlebihan yang ada pada makanan atau minuman dalam jangka waktu panjang sememangnya tidak baik untuk kesihatan dan kecantikan kulit anda.
Anda boleh mengurangkan pengambilan gula ketika membuat kopi atau teh. Jika mahu menikmatir rasa manis sebenar, anda boleh makan buah-buahan yang masak menghasilkan manis yang semulajadi dan baik untuk kesihatan. Mengurangi gula juga membantu melancarkan sistem penghadaman, meningkatkan energi serta mencerahkan kulit anda.
5. Minumlah Jus
Jus baik juga baik untuk kesihatan dan mampu membantu mendapatkan kulit yang cerah. Jus sayuran berdaun hijau memiliki manfaat untuk mengimbangi pH tubuh, membersihkan tubuh daripada timbunan racun serta melancarkan sistem penghadaman. Selain itu, aia dapat meningkatkan lagi daya ketahanan tubuh, menurunkan kadar kolesterol dan sebagai anti oksidan.
6. Hadkan Pengambilan Kafien Dan Tidur Secukupnya
Pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya selain membataskan pengambilan kafien.
Kualiti tidur yang baik minimum enam hingga tujuh jam, dan kurangkan tidur lewat malam.
Kredit foto kepada distractify
<< Nak tahu kenapa anda mempunyai penyakit susah tidur? klik sini untuk maklumat lanjut.
No Comment